suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, July 22, 2013

Surat yang hilang


Ini ada lah antara surat yang dijumpai yang dibuang olih posmen yang bertugas yang sepatutnya menghantar surat ini ...


Seorang kakitangan Pos Malaysia memeriksa surat-surat yang dibuang oleh posmen di Ukay Heights, Ampang, Selangor minggu lepas...

...akibat dari itu lah yang menyebabkan berita ini tersiar

'Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505'

2013/06/28
Kuala Lumpur: Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat dana besar pihak asing, terutama dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Blackout 505 yang disifatkannya hanya menguntungkan musuh Islam.

Dalam satu wawancara khas bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini, beliau juga mendakwa teman rapatnya itu ego dan mempunyai imaginasi keterlaluan kerana tetap mahu menjadi Perdana Menteri walaupun pakatan pembangkang tewas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Isu lain yang beliau bangkitkan ialah pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, pada Februari lalu yang didakwanya ada campur tangan orang tertentu di Filipina dan sebuah syarikat di negara itu yang memberi bantuan dana, bertujuan melemahkan Kerajaan Malaysia.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

 

2 comments:

  1. gila punya posmen senang kerja tapi kalau surat itu penting terukalah tuan punya nya...dulu ada juga kes mcm ini ...tq admin

    ReplyDelete
  2. Ini bukan berlaku skrg aja. Telah berlaku puluhan tahun. Pada tahun 80an, kawan baik sy mempunyai abang posmen dan masa yg sama dia membuka grai menjual makanan. Setiap hari kawan sy akan menolong abangnya membakar surat2 yag sepatutnya dihantar sebab abang kawan sy harus kegerai selepas tamat kerja. Sy memang tahu tapi ketika itu perkara spt ini susah utk membuat aduan sebab aduan belum tentu dilayan. Tiada apa2 tindakan diambil sehingga pencen tetapi sepanjang hidup dia tidak pernah senang sentiasa diburu kesusahan.

    ReplyDelete