suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, July 03, 2013

Siapa? Berapa banyak untung?

 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan tentang siastan ini akan tetapi enggan untuk memberi huraian lanjut...
 
Akibat tak boleh tahan dihenyak, dihentak kiri dan kanan, depan dan belakang, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) juga telah mengaku secara rasmi yang dakwat kekal yang diperkenalkan pada PRU-13 lalu olih mereka sebenarnya tidak cukup kekal.
 
Rakyat nak tahu siapa pembekal yang telah mendapat tender untuk membekalkan dakwat kekal yang tak kekal itu?
 
Rakyat nak tahu lagi, berapa harga tender bekalan dakwat kekal yang tak kekal itu?
 
Rakyat nak tahu juga, mengapa sehingga hari ini tidak ada tindakan terhadap kontraktor pembekal yang telah membekalkan dakwat kekal yang tak kekal itu? yang telah gagal mematuhi kualiti  dakwat kekal yang telah ditetapkan?
 
Soalan ini pula sengaja rakyat nak Tanya ... siapa atau kontraktor mana yang telah kaya dalam projek pembekalan membekalkan dakwat kekal yang tak kekal ini???
 
dollah yankee -
Gurkah-gurkah di 'port' nak londeh seluar kalau kontraktor bekalan ini bukan daripada kroni menteri/umno...

No comments:

Post a Comment