suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, July 02, 2013

Segera lah sembuh ...


Kami telah dibawa masuk secara curi-curi ke bilik rawatan Ustaz Azizan Razak olih sahabat-sahabat yang cukup setia dengan kami yang berkerja di hospital besar Penang pagi tadi sekitar jam 8. (Nasib baik anak dia Rahmah yang setia menemani ayahnya tidak ada masa tu. Kalau tidak mau bising satu wad kalau dia tau kami masuk melawat ustaz Azizan)

Entah Ustaz Azizan ni kenal atau tidak dengan kami, pun kami tidak tahu. Tetapi bila dia terpandang kami, dia hanya mampu senyum. Dia masih tidak boleh bercakap, dan dia hanya cuma mampu menggerakan bibirnya sahaja, itu pun sekitar dua atau tiga saat sahaja. Kemudian dia memejamkan semula matanya.

Kawan kami yang bekerja di wad hospital berkenaan ada memberitahu yang rawatan kepada Ustaz Azizan ini akan mengambil masa yang lebih lama.

Untuk makluman, seramai 10 orang pakar nombor 1 dalam bidang jantung, orthopedic, kencing manis dan neurologi sedang bekerja berhempas pulas mengawasi perkembangan ustaz Azizan ini.

dollah yankee -
Besar sungguh ujian Allah kepada ustaz Azizan ini ...





No comments:

Post a Comment