suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, June 14, 2013

Sekali ini nak penerajang Menteri

Tiap-tiap tahun.. dan dah pun bertahun-tahun, kita akan dengar cerita yang sama. Cerita yang sama bila saja tiba 'time' musim perayaan, operator-operator bas ekpress akan cuba menjadikan kerajaan dan orang awam dan pengguna bas ekpress sebagai tebusan untuk menaikan harga tiket bas.

Memandangkan kita semua bukan orang KL, bukan orang Georgetown, Penang. Jadi masa musim perayaan macam inilah kita semua nak balik kampong halaman masing-masing, nak sambut perayaan itu dengan kaum keluarga dan orang-orang terdekat dan tersayang. Dan perkara terakhir yang akan difikir ialah cukup kah bas ekpress diatas jalan raya masa nak balik nanti? atau tahun ini kita kena bayar lagi harga tiket bas yang lebih mahal sebab kerajaan telah bagi lampu hijau kepada operator bas ekpress untuk penaik harga tiket?

Ini lah perkara yang selalu dan tiap-tiap tahun akan kita dengar dan akan terjadi ...

Operator-operator bas ekpress kena lah 'stop' kerja gila ini ! Mereka sepatutnya focuskan tentang keselamatan penumpang dan bas itu sendiri mestilah sentiasa didalam keadaan yang 'tip-top', jangan upah driver yang kaki ganja, kaki pil kuda. Ini tidak! sampai ada syarikat bas yang upah driver yang tak ada lessen memandu pun ada.

Kalau ikut kepada pengalaman gurkah-gurkah politik di'port', driver2 yang macam ini lah yang akan buatkan penumpang-penumpang bas ekpress tadi 'terkencing' dalam kain dan seluar. Dan penumpang -penumpang tadi ini tak pasti sama ada mereka beli tiket bas nak balik kampong sambut raya atau pun mereka beli tiket bas 'satu hala' ini untuk ke lubang kubur dalam perjalanan ke neraka atau syurga.

Gurkah-gurkah politik di'port' harap yang SPAD tolong buka mata sikit dan jangan layan operator-operator bas ekpress yang mahu naikkan harga tiket bas ini. Kalau tidak sekali ni bukan pengguna bas ekpress ini yang akan penampar penguatkuasa SPAD sekali lagi, tetapi akan penerajang dia punya chief dengan menteri pengangkutan sekali ...

dollah yankee -
Nak penerajang macam mana? Menteri Pengangkutan pun tak ada !!!

 

No comments:

Post a Comment