suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, June 12, 2013

Macam ni..Dato' Malik Maidin pun boleh tengelam


Gurkah-gurkah politik di'port' yang saban pagi selalu berjogging sambil mencuci mata disekitar Esplanade/padang kota lama pagi kelmarin telah lari lintang pukang untuk menyelamatkan diri dari basah kuyup dan lencun akibat dari ombak kuat yang mencapai ketinggian yang dianggarkan 10 kaki yang telah melanda kawasan Padang Kota Lama itu sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan.

Punca kepada berlakunya keadaan ini adalah disebabkan keadaan ombak yang telah dipengaruhi olih angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga 15 Jun ini.

Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, namun perlu diingatkan kepada sahabat-sahabat semua yang bercadang nak mandi laut atau piknik supaya lupakan saja hasrat itu sehingga minggu depan.

dollah yankee -
Macam ni punya keadaan .. kalau naik feri boleh putus urat kentut ..






No comments:

Post a Comment