suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, June 27, 2013

Kuala Besut: Badan di Terengganu,Jiwa diKelantan ..


Apa yang gurkah-gurkah di'port' ini paham tentang orang-orang Kuala Besut ialah, biarpun mereka tinggal di dalam negeri Terengganu tetapi jiwa mereka, budaya mereka dan roh mereka ada lah lebih kepada Kelantan.

Biarpun pilihanraya umum 5 may lepas umno telah menang dengan majority 2 ribu lebih undi dan mendakwa yang Kuala Besut @ N1 adalah kubu kuat mereka namun harus diingat yang 'bola itu bulat' dan macam-macam boleh jadi ...

Kalau lah pilihanraya kecil ini telah ditakdirkan pada bulan Ramadan, ini bermakna jenuh lah 'habuan' dan 'gula-gula' yang bakal diterima olih pengundi-pengundi Kuala Besut yang akan Najib 'buang' dan akan Najib 'tabur' habis-habisan untuk memastikan majority 2 ribu lebih undi yang dimenangi itu akan dipertahankan. 

Perkataan 'Galau' dalam bahasa Indonesia bermaksud lebih kurang 'qhaplah' atau jiwa kacau. Itu lah yang sedang dialami olih BN setelah menerima berita pilihanraya kecil itu sehingga saat tadi kerana jika mereka gagal (mereka akan gagal !) mempertahankan kerusi itu ini bermakna kedudukan menjadi akan menjadi tergantung, dan jika tergantung bermakna sultan akan mempunyai kuasa untuk memilih siapa yang patut menjadi Menteri Besar ...

Jika DUN tergantung ... memang merupakan satu tragedi dan akan menjadi satu krisis.

dollah yankee -
Berlori-lori 'habuan' sedang menunggu orang Kuala Besut

No comments:

Post a Comment