suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, June 19, 2013

Kot & Tai? Apa barang?!!


Kalau di Penang ini, nak tengok orang pakai kot dengan tai, boleh lah tengok di sekitar Lebuh Pantai dan kawasan-kawasan sekitarnya dan juga di KOMTAR. Kalau di KL, merata tempat merata jalan kita boleh nampak.

Gurkah-gurkah politik di'port' kalau terjumpa orang-orang yang pakai kot,pakai tai ini kadang-kadang akan ketawa. Sebab nya dengan cuaca panas yang sekitar 34-36 darjah mereka masih mampu berjalan ditengah 'hangat lit-lit' dengan kot dengan tai.

Disebelah 'port' tempat gurkah-gurkah ini selalu berlepak, ada seorang doctor benggali yang dah tua yang ada buka satu klinik kecil. Dia ini selalu pakai kot dengan tai semasa dalam klinik biarpun ketika itu cuaca diluar sana cukup punya panas,mungkin sekitar 35 darjah. Dia tetap akan pakai kot dengan tai ini dari pagi sampai tengah malam tanpa gagal. Ada sumber memberitahu gurkah-gurkah yang doktor benggali ini sentiasa ber'kot dan ber'tai ini dah 30 tahun dah. Dan yang best nya klinik dia juga cuma ada kipas angin,tak ada air-cond pun. Gurkah-gurkah ini selalu juga tengok dia jenuh mengelap peluh yang meleleh semasa dia pakai kot dengan tai ini.

Ada kah kerana dia seorang doktor atau etika pakaian seorang doktor perlu pakai kot dan tai?

Kalau ikut kepada data-data sejarah, kot dan tai ini adalah satu simbol fesyen . Bila masa beredar kot dan tai telah menjadi symbol kuasa untuk golongan professional, ahli perniagaan dan orang-orang yang berjaya... Okey lah kalau dari pagi sampai petang duduk dalam pejabat korporat yang ber'air-con, jadi memang patut pakai kot dengan tai sebab ia adalah simbol untuk profesionalisma, tapi kalau dah macam doktor benggali ni punya cerita ... apa barang?!

dollah yankee -
Pernah pakai tai jenis 'cakuk', kah..kah..kah..





No comments:

Post a Comment