suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, June 05, 2013

Chegu Bard kena pulak dahhh ...

Chegu Bard kena lagi ... hari ini kena 'charge' akta hasutan pulak !

Chegu Bard, satu nama dimana personalitinya menggerunkan ramai. Sebut nama Chegu Bard, semua orang tahu, ini orang tak takut pada siapa-siapa pun dalam 'circle' politik di-Malaysia. Kalau kita lawat blog "perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata" nya disini: http://chegubard.blogspot.com , blog itu dipenuhi dengan gambar-gambar dia turun berdemonstrasi mewakili rakyat-rakyat marhein bagi menunjukan rasa tidak puas hati terhadap satu-satu benda, gambar-gambar dia bakar seseorang (gambar bakar patung yang menyerupai seseorang), bantah sana-sini. Gambar kena 'katok', gambar kena gari, gambar kena usung dengan polis, macam-macam lagi lah gambar-gambar yang menunjukan dia seorang 'fighter'. Gurkah-gurkah politik di'port' kata, kalau tanya dia siapa hero atau idola dia, garenti dia jawab Che Guevara.

Bagi gurkah-gurkah politik di'port', chegu Bard adalah 'chief' kepada anak-anak muda 'GENERASI REFORMASI'

Gurkah-gurkah politik di'port' tak kan lupa peranan Chegu Bard pada satu tunjuk perasaan beberapa tahun lepas dimana dia telah sanggup untuk mengusung sebuah tilam sebagai simbolik untuk dihadiahkan kepada Dollah Badawi kerana sikap Perdana Menteri Dollah Badawi yang didakwa suka tidor. Begitu juga dengan perhimpunan untuk dia hadiahkan 'kek harijadi Altantunya' kepada Najib.

"Tak ada hal kalau saya tidak mendapat restu dari Anwar Ibrahim. Banyak calon-calon yang dok jual nama Anwar pun, tapi bila bertanding, keputusan dalam pemilihan tak bagus juga," Chegu Bard memulangkan paku buah keras kepada gurkah-gurkah yang bekerja untuk sesiapa juga yang jadi calun pada PRU 13 yang lepas


dollah yankee -
Rugi sangat-sangat bila orang2 Sg.Aceh tak pilih Chegu Bard

3 comments:

  1. edhan....kabeh hea kok

    ReplyDelete
  2. emmmmm............ teruk pemimpin pembangkang di perlakukan.

    ReplyDelete
  3. aku betul geram dgn pas,aku dah mula meluat dgn pas sedangkan aku ni ahli pas seumur hayat,aku masuk jadi ahli pas 1983,

    ReplyDelete