suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, June 06, 2013

Anwar punya pasal laa ni ...

Pendatang Myanmar di Malaysia mengikut rekod ada setengah juta ...

Terlalu banyak pendedahan yang dibuat berhubung warga Myanmar di Malaysia yang kononnya datang atas sebab melarikan diri daripada penindasan rejim pentadbiran lalu. Apabila junta tentera Myanmar hilang kuasa dan sekarang ini, Myanmar berada di bawah pemerintahan Amerika Syarika secara tidak langsung menerusi apa yang mereka gelarkan sebagai demokrasi, warga Myanmar di Malaysia tetap tidak diangkut serta dihalau pulang ke negara mereka semula.

Sebaliknya Malaysia cukup bermurah hati, membenarkan warga Myanmar berlagak seolah-olah negara ini mereka yang punya!

Motif sebenar warga Myanmar lari ke Malaysia adalah disebabkan ekonomi, bukannya politik sangat pun. Selepas berada di negara ini yang disifatkan LEBIH BODOH DAN BEBAL berbanding Thailand dan Indonesia yang tidak membenarkan mereka lepas bebas seperti ANJING JALANAN, warga Myanmar kemudiannya mencipta surat untuk dihantar kepada negara-negara kulit putih yang boleh menerima mereka sebagai pelarian.

Isi kandungan surat-surat tersebut adalah memburuk-burukkan Malaysia kononnya Malaysia melayan mereka seperti haiwan, kononnya, polis Malaysia menjadi penzalim terulung dan kononnya juga, rakyat Malaysia gemar menzalimi serta mengancam keselamatan mereka.

Sebahagian besar warga Myanmar terutama sekali yang bukan beragama Islam, akan berpindah ke New Zealand, Amerika Syarikat, Australia mahupun Kanada. Yang tinggal hanyalah warga Myanmar berkulit hitam, beragama Islam kononnya walaupun sebahagian besar daripada mereka beragama Ismailiyah dari mazhab Agakhaniyyah. Dan sebahagian besar daripada mereka bekerja sebagai penjual sayur longkang, pengutip besi buruk, pengemis mahupun pengedar dadah secara kecil-kecilan.

Berita mengerikan tentang sebuah KUMPULAN PEMBUNUH kod '969' yang terdiri daripada warga Myanmar beragama Buddha yang membunuh warga senegara tetapi beragama Islam, menjadi berita yang mengecohkan dunia maklumat Malaysia. (BACA DI CELAH GELEGAR)

Polis khabarnya telah mengenalpasti kumpulan terbabit dan beberapa penangkapan telah dilakukan untuk mengenalpasti pelaku jenayah terbabit.

Sekali lagi masalah berulang kerana kegagalan menyelesaikan masalah dari punca!

Melihat kepada layanan Malaysia kepada warga asing di negara ini, dapatlah disimpulkan bahawa Malaysia sebenarnya merupakan tempat pendaratan warga asing yang paling sibuk di dunia. Di mana-mana sahaja dalam Malaysia ini, kita akan mudah dapat melihat wajah-wajah asing, terutama sekali di bandar-bandar besar.

Tidak dapat dinafikan, ada pihak sebenarnya yang mengaut keuntungan besar dengan menjadikan pendatang-pendatang asing ini sebagai bahan dagangan mereka. Dan tidak dapat dinafikan juga, permintaan terhadap pendatang-pendatang asing itu amat tinggi dalam sektor pekerjaan sehinggakan warga tempatan dikesampingkan dengan alasan warga tempatan enggan bekerja.

Sehingga kini, belum ada lagi operasi besar-besaran untuk menyelesaikan masalah pendatang asing di Malaysia. Walaupun pelbagai program dijalankan, tetapi akhirnya program-program berkenaan hanyalah untuk menjana duit dan bukannya untuk menyelesaikan masalah sebenar.

Justeru, tidak menghairankan langsung apabila berlaku pembunuhan kejam membabitkan warga asing di negara ini kerana mereka tahu, Kerajaan Malaysia amat prihatin dan bersimpati dengan mereka. Kerajaan Malaysia juga membuka pintu seluas-luasnya kepada pendatang asing untuk terus bermastautin serta bermaharajalela di Malaysia.

Dengan kata lain, mereka boleh berbuat sekehendak hati kerana Malaysia memang sangat terbuka!

Jadi, jangan hairanlah kalau tidak lama lagi, warga asing pula akan bebas membunuh warga tempatan dalam skala yang sangat besar, sepertimana mereka menguasai pelbagai sektor di negara khususnya hartanah kerana dasar Malaysia yang sangat terbuka dan sangat bergantung kepada warga asing!!!!

Cerita banyak tak gunalah...


dollah yankee -
Posted by CUCU TOK WAN Wednesday, June 5, 2013

1 comment:

  1. Anwar punya pasal nak lawan kot tu lah Warga Myanmar masuk ramai2. Ha ha ha. Berhenti berdemo laa lebih baik.

    ReplyDelete