suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, May 06, 2013

Kita kalah !



Tahniah kepada BN kerana menang. Dalam istilah politik hanya ada menang atau kalah tak kira berapa banyak kerusi,walau pun menang satu kerusi tetapi tetap di istiharkan menang. Dalam perkara ini BN sudah menang.

Ini bermakna Najib bukan macam Pak Lah, dia tak tidur macam Pak Lah. Gurkah-gurkah politik di'port' dok ingat yang dia macam Pak Lah ... tidur, tetapi tidak. Dia memang buat kerja sungguh-sungguh dari mula dia 'take over' lagi. Bagi gurkah-gurkah politik pula soal suap, soal julap, soal tabur tidak timbul kerana politik memang macam tu. Politik mana ada jalan betul.

Anwar Ibrahim pula kena lah terima hakikat yang banyak orang melayu masih belum mahu melakukan satu perubahan atau satu anjakan, tidak macam orang-orang cina yang seia sekata, sehati dan sejiwa dalam mahu melakukan satu perubahan pada PRU-13 ini.

Apa-apa pun mulai hari ini Najib kena 'hempuk' semua duit di Sabah dan Sarawak. Kalau dia tak buat macam tu, orang-orang di Sabah dan Sarawak akan sembelih dia. Kalau tak boleh sembelih, mereka akan sumpit ! .

dollah yankee -
Semua orang terkejut sebab senario sudah menunjukan yang Anwar akan jadi PM baru kita, tetapi dimana silapnya?

4 comments:

  1. Pengundi Cina masih tidak menyokong PR sepenuhnya. Terdapat kawasan yang DAP menang tapi PKR dan PAS kalah Kecuali di Selangor, PR disokong oleh semua kaum.

    Bagi pengundi Melayu pula mereka tidak bebas dan banyak bekerja dalam sektor kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Najib kena beri elaunnya pada Sabah. Dia dah janji dalam tv.

    ReplyDelete
  3. Ini pendapat aku dimana silapnya,3juta pengundi baru@atas pagar,tak yakin dgn pr,pada hari penamaan calon,berlaku pertembungan sesama sendiri pas,pkr,dap,psm,dorang mesti pikir,baru nak tentukan calon dari parti mana nak bertanding pon dah kacau,mcm mana bila nak pilih pemimpin pegang jawatan penting setelah dapat mandat perintah negara?mesti huru hara berebut kata wakil dari parti depa lebih layak,tak ke merisaukan,tu pasal atas pagar wat u-turn...hehehe,dah kalah, kena gelak dan dengar najib bom bang bom bang 5 tahun lagi la,seksanyaaaaa..
    kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Anon 6.57: Tak mungkin Najib buat gitu... Nak mampos??? Ada yang kena cepuk dengan Rosmah nanti...Hahaha!!!

    ReplyDelete