suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, May 02, 2013

Cubaan melarikan 9 peti-peti undi


Seorang pembantu kepada seorang calon untuk kerusi DUN negeri di Negeri Sembilan telah mengunci 9 buah peti undi dengan mangga tambahan yang dibawanya selain daripada mangga milik SPR.

Beliau adalah seorang wakil calon yang memantau proses pengundian awal olih pengundi-pengundi tentera dan polis disebuah kem tentera.

Dia mula merasa syak dan sesuatu yang tidak kena apabila 9 buah peti undi yang penuh dengan kertas undi yang telah dipangkah itu telah dibawa keluar dari dewan mengundi dengan sebuah kenderaan yang tidak bertanda walaupun terdapat kenderaan milik SPR disana yang ditugaskan untuk membawa peti-peti undi tersebut.

Dia telah mengekori kenderaan yang tidak bertanda yang telah membawa peti-peti undi itu sehingga pertengahan jalan dan menahan kenderaan tersebut, dan dia telah memasang 9 mangga tambahan keatas peti-peti undi itu dan ini telah menyebabkan berlaku pertengkaran dengan pegawai-pegawai SPR yang membawa peti-peti undi tersebut.

Satu laporan polis telah dibuat olih pegawai-pegawai SPR yang terbabit pada tengah malam berhubung dengan kes mangga tambahan itu dan dia telah ditahan olih polis untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan satu jam kemudian.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. sempoiiii !!!





3 comments:

  1. Orang nak tolong bagi tambahan kunci supaya peti undi tak dipecahkan pun kalot ka??? Sampai nak report polis? Apa punya BANGANG la..... Patutnya POLIS PUN berterima kasih lah pada petugas itu kerana perihatin.

    ReplyDelete
  2. Ini cara utk kita pastikan SPR betul2 telus

    ReplyDelete
  3. Hahaha..Kahkah kah...memang patut pun...Pada semua pekerja PR dan PACABA PR...berhati hati dan sentiasa waspada..siap sedia kunci kunci dan magga mangga besar standby.

    ReplyDelete