Kah..Kah..Kah..

Kah..Kah..Kah..

Sunday, April 14, 2013

Putrajaya nak cuba Husam Musa


Sudah terang yang Husam Musa akan diletakan sebagai calon PAS di parlimen Putrajaya.  Kalau Putrajaya... tentulah Husam akan mencabar SU Agung umno,Tengku Adnan Mansor yang dah 'kondoi' tempat tu sejak 90an. Tidak dinafikan yang Husam adalah seorang ahli politik yang cukup hebat, jika tidak tak kanlah dia telah dipilih diletakan untuk menentang seorang SU Agung umno, disamping itu juga menunjukan yang perjuangan PAS selama lebih 60 tahun itu sedang berada dikemuncak.

Putrajaya adalah sebuah pusat kuasa. Jadi PAS bukan lah meletakan calon yang 'selekeh' atau 'haprak' atau seorang ahli biasa PAS tetapi seorang aprentis dan juga orang yang di 'groom' untuk menggantikan TG Nik Aziz. PAS tidak akan meletakan seorang calon yang begitu penting dalam parti kalau mereka tiada berkeyakinan untuk merampas kerusi itu.

Majoriti pengundi-pengundi Putrajaya adalah anggota-anggota dan kaki-tangan kerajaan. Jadi sudah tentulah ia merupakan kubu kuat umno. Menurut laporan dari gurkah-gurkah politik di'port', sehingga semalam sudah ada 45% sokongan dari pengundi-pengundi disana yang memihak kepada Husam dan sokongan itu pasti akan meningkat sebelum pengundian pada 5 haribulan.

Kelantan akan tetap kekal ditangan PAS selepas 5 haribulan, jadi Husam telah membuat satu pengorbanan besar dalam karier politik beliau bila dia sanggup tinggalkan kerusi DUN yang sudah dalam tangan. Jika sekarang ini PAS sudah pun berjaya memenangi jutaan hati anggota-anggota dan kaki-tangan kerajaan lain, dan dengan jatuhnya Tengku Adnan ditangan Husam nanti, perjalanan PAS ke Putrajaya di belakang Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sudah jadi kenyataan, dan itu juga lah yang menjadi impian jutaan pengundi-pengundi dan rakyat Malaysia yang lain.

dollah yankee -
Dikhabarkan yang ustaz Nasha sedang gigit jari sekarang dan menyesal ...



10 comments:

  1. Kalau nak kuat lagi sokongan terhadap Husam istiharkan Husam ada Timbanlan Perdana Menteri apabila Pakatan Rakyat ka Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Molek cadabgan tu...ambo sokong 101%

      Delete
    2. Yup, saya setuju dng saranan ni!!!PR kena buat pengistiharan cepat!! Husam is the best candidate..TPM2 if need be..Rafizi??

      Delete
    3. ambo lg sokong 200%..husam the best

      Delete
  2. Kita akan menghadapi pilihanraya kali ke 13 pada 5 Mei 2013. Adakah rakyat benar - benar faham hak dan kewajiban sebagai pemilih berdaftar. Kenapa kita membuat pilihanraya. Ini kerana setiap 5 tahun kita akan memilih wakil untuk mentadbir negara atau pun negeri. Yang penting hak rakyat sebagai pemilih harus kita ketahui.

    http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/04/perubahan-minda-di-pru-13.html

    ReplyDelete
  3. Husam TPM ???
    TERBAAAEEEEEEKKKKKK !!!!!!

    ReplyDelete
  4. yeah sya skong husam tpm malaysia

    ReplyDelete
  5. Amin!!!Amin!!!Amin!!! Ya Rabbalaalamin!!!

    ReplyDelete
  6. Amin Amin Amin!!!!!!Ya Rabbill aalamin.

    ReplyDelete
  7. Tiada alasan lagi calon baik partipun baik.pasal tpm tu comel bena cadanhan tu
    ..dia akan jadi tsunami sokongan pr.tal caya tanya aspan alias. Prrrrrrtt

    ReplyDelete