suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, April 27, 2013

Kerusi panas no:1



Beribu-ribu orang sanggup meredah hujan gerimis sebab mahu melihat dan mendengar apa mahu di beritahu olih TG Nik Aziz, yang telah turun ke Putrajaya untuk membantu Hussam Musa yang membawa bendera PAS dan telah diamanahkan olih parti bagi mewakili penduduk-penduduk di pusat pentadbiran negara itu.

Kalau sebelum ini tapak ceramah malam tadi selalunya dipenohi orang ramai bila ada sesuatu karnival atau konset hiburan atau acara-acara olih kerajaan BN.

Sebelum itu pada tengaharinya TG Nik Aziz juga telah dikerumuni olih beribu orang yang mahu berjumpa dengan beliau selepas solat jumaat. Photo-photo dan video-video klip tentang dua acara ini sedang bertebaran di alam maya dan gurkah-gurkah politik di'port' buat kesimpulan bahawa dengan kehadiran 'crowd' pada dua acara ini adalah indikasi bahawa Putrajaya bakal milik PAS/Hussam.

TG Nik Aziz telah turun dari Kota Bahru untuk berkempen di Putrajaya dan sekitar Kuala Lumpur sejak dari pagi jumaat kelmarin yang menyebabkan beliau sedikit letih sehingga beliau terpaksa berceramah malam kelmarin dengan duduk diatas kerusi.

Beliau memang jarang muncul di Lembah Pantai dan kehadiran beliau kelmarin petang disana adalah sebahagian daripada usaha kempen dan sokongan beliau terhadap Nurul Izzah untuk Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya. Dan sebagai membalas sokongan itu Nurul Izzah pula muncul pada ceramah Hussam semalam di Putrajaya. Sebaik Nurul Izaah muncul ribuan mereka yang hadir pada ceramah itu telah menjerit "Reformasi,Reformasi,Reformasi". Senario malam tadi juga telah membuatkan Tengku Nan tak dapat tidur langsung sampai ke subuh..Kah..Kah..Kah..

dollah yankee -
Sehingga petang tadi dan lagi 1 minggu mahu PRU, kedudukan sedang memihak kepada Pakatan Rakyat 55%.



No comments:

Post a Comment