suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, April 02, 2013

Datuk dah tanya Najib ke belum?!


LAHAD DATU 31 Mac - Polis sedang mencari seorang lelaki dikenali sebagai Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman bagi membantu siasatan berkaitan Ops Daulat.
Menurut sumber, lelaki berkenaan dikehendaki polis kerana dipercayai merupakan penyalur dana untuk kumpulan pengganas Kiram yang menceroboh Sabah.
Katanya, suspek yang mendapat pangkat Datuk Seri daripada kerajaan Sulu itu menyalurkan dana tersebut bersama beberapa orang lagi rakannya di negara ini.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, Muhammad Ridzwan yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dipercayai kini merupakan Yang Dipertua dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan Islamiah).

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu ini (Muhammad Ridzwan) diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

dollah yankee -
Apa hukuman yang menanti untuk orang yang sembunyikan maklumat tentang pesalah atau orang yang dikehendaki polis?

No comments:

Post a Comment