suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, April 24, 2013

Dah terang..Nak suluh apa buat apa lagi?!


Apa rakyat mahu?! Rakyat mau ubah laa..mau apa lagi, tak kan tak paham-paham lagi kot?! Kalau di Penang ini, anda tak boleh lari, tak boleh elak untuk menghadapi 'mood' pilihanraya-13. Poster, bendera dan arca-arca yang unik ada dimana-mana.

Untuk pertama kalinya dalam sejarah kempen pilihanraya bendera-bendera milik parti-parti dari Pakatan Rakyat iaitu PAS,PKR & DAP ada dimana-mana, pendekata dimana ada bendera BN/umno, disitu ada bendera-bendera PR dan ada juga ditempat-tempat yang bendera, banner PR ini lebih banyak daripada bendera-bendera,banner milik BN. Kalau dulu mana boleh nampak suasana yang macam ni.

Yang paling 'best' ialah seminggu-dua sebelum hari penamaan calon telah jelas menunjukan yang parti mana yang lebih menarik perhatian rakyat dan pengundi-pengundi.

Yang jelas lagi ialah sokongan kepada Anwar Ibrahim,Nik Aziz, Guan Eng, dan yang lain-lain dalam Pakatan Rakyat begitu terserlah dengan kehadiran puluhan ribu orang pada tiap-tiap ceramah mereka. Begitu juga lah dengan sikap kehadiran ribuan orang ini pada ceramah-ceramah PR ini. Kalau 'banner' tulis ceramah bermula jam 9 malam, jam 7.30 sudah ada orang yang datang untuk mengambil tempat. Mereka juga sanggup duduk diatas rumput tanpa sebarang pelapik. Apa juga yang menarik perhatian mereka yang diceramahkan, mereka akan bersorak,bertepuk-tangan dan menjerit-jerit. Mereka juga sanggup mengeluarkan wang dari poket mereka untuk membantu dana pilihanraya PR ketika kotak-kotak derma dihulurkan didepan mereka.

Aksi mereka-mereka yang hadir pada ceramah-ceramah PR ini amat jelas menunjukan kesediaan dan kesanggupan mereka untuk mengundi calon-calon dari Pakatan Rakyat.

dollah yankee -
Yang Arif, saya tidak ada soalan lagi ...

No comments:

Post a Comment