suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, April 30, 2013

505-Safe Our Soul

 
Tidak boleh digambarkan. Hanya yang pergi kesana malam kelmarin saja bisa merasakan kehangatan itu. Kalau sebelum ini tempat yang sama Najib/BN dimalukan semasa konsert Psy Opa Gangnam Style dengan kehadiran 60,000 orang, tetapi semalam dianggarkan 70-80 ribu orang yang menyebabkan lalu lintas disekitar 7-8 kilometer persegi lumpuh. Gurkah-gurkah di'port' sendiri terpaksa berjalan kaki sehingga 3 kilometer.

Mereka datang dengan baju warna hijau, merah dan kuning bersama-sama dengan 'vuvuzela' yang memekakkan telinga kami. Indikasi nya sudah jelas bahawa mereka yang datang itu sudah menetapkan fikiran mereka untuk 'ubah' pada 'ini-kali lah'. Mereka-mereka ini datang datang untuk meng'ubah' kerajaan di Putrajaya yang dipilih pada 2008 yang telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan, mereka datang dengan mesej jelas mahu menghentikan kerajaan yang korup dan mahu memilih kerajaan yang lebih bersih, adil, yang boleh diharap.

Nampak gaya nya Pakatan Rakyat/Anwar Ibrahim mempunyai tanggung jawab yang cukup besar dan berat dengan kepercayaan yang bakal diberikan untuk kepada mereka nanti.

dollah yankee -
505 adalah untuk Safe Our Soul...






No comments:

Post a Comment