suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, March 22, 2013

Undi lah PR untuk Mat Sabu sebagai Menteri KDN


Setahun dua kebelakangan ini, apa yang kita panggil jenayah kecil-kecilan kini telah menjadi satu ancaman yang besar kepada keamanan dan keselamatan di ibu kota Kuala Lumpur dan juga dibandar-bandar besar yang lain.

Kelmarin malam stor tempat menyimpan 'steamer' Kue-Pau milik seorang gurkah politik telah kena pecah dan tujuh biji 'steamer' telah ghaib. Minggu lepas, handbag 'marka gelap' seorang gurkah politik telah diragut ditengah-tengah bandar Georgetown pada waktu tengahari semasa semua orang sibuk berjalan mencari kedai makan untuk 'lunch'. Bulan lepas pula seseorang yang dikenali telah disamun didepan pintu 'gate' rumah dia semasa hendak keluar pergi bekerja.

10 bulan yang lalu pula ada akhbar telah melapurkan yang sebuah honda CRV telah dicuri didalam garaj sebuah rumah.

Penjenayah -penjenayah ini sudah tidak takut mati. Undang-undang? Bagi mereka undang-undang pula 'go to hell lahh !'. Bahkan kini kerja-kerja jahat itu banyak telah berlaku atau aktif pada waktu siang-siang buta.

Pada ketika indek KPI untuk jenayah dipropagandakan dengan mengatakan rendah dan statistik jenayah pula menunjukan ia tidak naik, gurkah-gurkah di 'port' berani bertaruh kata mungkin kawan, saudara mara, adik beradik dan jiran-jiran kita pernah menjadi mangsa kepada jenayah-jenayah ini. Olih itu ancaman-ancaman ini amat lah 'real' dan bukan lagi satu perkara kecil atau terpencil, tetapi adalah merupakan sau ancaman besar untuk kehidupan keamanan kita semua.

Apa juga usaha keras yang dilakukan olih pihak polis kita untuk mengatasi jenayah-jenayah ini, usaha mereka itu agak kurang berhasil, mereka harus terus ke akar untuk berurusan dengan nya barulah keberkesanan itu akan dapat dilihat.

Kita puji KPN bila dia suruh anak-anak buah dia turun ke lorong-lorong dan jalan-jalan raya, tetapi itu bukan lah jawapan yang sebenar untuk penyelesaian permasaalahan ini sebab bila penjenayah-penjenayah ini nampak polis di kawasan itu, mereka akan muncul di kawasan lain ditempat lain.

Lagi satu jangan lah dok fokus banyak sangat nak serbu kelab-kelab malam, pusat-pusat judi dan buat 'road-blocks' sebab nak cari mat-mat rempit.

Olih itu selepas PRU-13 nanti, bila Pakatan Rakyat dah 'control' Putrajaya, menteri yang akan jaga polis ini diharap dapat membuat sesuatu tentang perkara ini untuk memastikan kawasan dan rumah kita semua selamat.

dollah yankee -
Mat Sabu teringin nak jadi Menteri Dalam Negeri, gurkah-gurkah pun rasa Mat Sabu sesuai untuk jawatan ini... VOTE FOR PR !

2 comments:

  1. muzium padi gunung kheyangFri Mar 22, 08:56:00 PM GMT+8

    pr tak perlu banyak menteri,15 dah memadai.

    menteri negara lebih sesuai,yang punya skop jaga dalam dan luar negara

    ReplyDelete
  2. YANG UTAMA MENTERI MESTI TAKUT KEPADA DOSA DAN BERANI MEMBELA RAKYAT DARI SEMUA KAUM. MAT SABU ADALAH HERO MALAYA DAN PALING SESUAI JADI MENTERI DLM NEGERI KERANA BELIAU ADALAH GRADUAN 4.0 GPA DARI UNIVERSITI TAIPING

    ReplyDelete