suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, March 04, 2013

Tu laa.. jangan dok main dengan api !


Setelah lebih 2 minggu pencerobohan ini berlaku, kita sudah mulai nampak bagaimana perkiraan politik dekat PRU 13 oleh kerajaan mengatasi isu keselamatan negara menjadi agenda utama dalam menangani isu pencerobohan ini. Now mereka terperangkap dengan perkiraan ini apabila nyawa-nyawa polis kita terkorban, almost sia-sia.

Pertama, kita kena ingat kenyataan Hishamuddin beberapa hari setelah penceroboh in mendarat di LD. Beliau menegaskan bahawa " ia bukan satu pencerobohan !".

Mengapa kenyataan seperti itu? Ia adalah perkiraan politik untuk tidak "upset" pengundi-pengundi Fixed Deposit UMNO/BN di kalangan penduduk-penduduk dari Filipina Selatan ini yang telah diberi kewarganegaraan melalui projek IC dan seterusnya.

Najib dan kerajaan undersetimate dan mengambil angle yang terlampau simplistik bahawa penceroboh ini boleh dipujuk dan diberi wang yang banyak untuk meninggalkan LD tanpa pertumpahan darah dan menyelamatkan undi-undi tetap UMNO.

Logik ini explain mengapa polis digunakan.Sesuatu tindakan yang tidak masuk akal dimana kekuatan tentera patut digunakan sejak dari awal termasuk untuk berunding dahulu dengan penceroboh. Polis tidak mempunyai kepelbagaian atau kombinasi firepower untuk subdue kekuatan penceroboh-penceroboh ini.

Hari ini, terbukti pihak penceroboh jauh lebih cekap dari pihak polis. POLIS KITA SEKARANG MENJADI "SITTING DUCKS"yang menjadi sasaran mudah penceroboh-penceroboh ini!

Dengan perkembangan terbaru dimana kini terdapat 3 front dimana kekacauan berlaku. Sekarang, usaha Najib dan UMNO/BN untuk menyelamat undi-undi dari pendatang Filipina sudah hancur lebur.

Apa yang berlaku di Semporna dan satu lagi tempat di sabah membuka satu masaalah baru ia itu kemungkinan ancaman dari dalam oleh pendatang-pendatang Filipina yang diberi kerakyataan oleh Mahathir melalui Projek IC. Kita tahu sejak akhir 2009/2010, kawalan sempadan kita di perairan Sabah telah di-longgarkan ( sila rujuk ucapan Bung Mokhtar di Parlimen dalam isu ini). Mengapa? Akibat dari kelonggaran kawalan ini, kita tidak tahu apakah ada kemungkinan senjata-senjata dibawa masuk ke Sabah dan disimpan oleh pendatang-pendatang ini untuk tujuan tertentu dikemudian hari.

dollah yankee -
Setiap saat, setiap waktu mereka di laknat

1 comment: