suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, March 25, 2013

Sandiwara Mahathir


Dr.Mahathir berkokok dan berkicau lagi. Ini bagus sebab lagi banyak dia berkokok dan berkicau, lagi dekat lah Pakatan Rakyat nak ke Putrajaya, dan lagi dekat lah Anwar akan jadi PM yang ke-7.

Era Mahathir sudah lama berlalu, sudah tamat. Dia bernasib baik kerana telah tinggalkan Putrajaya lebih awal, jika tidak nasib nya akan sama macam mana nasib kawan-kawan beliau macam Suharto, macam Mubarak. Melihat kepada kokokan dan kicauan beliau, gurkah-gurkah politik di'port' kata Mahathir mungkin akan secara sukarela meninggalkan Malaysia sebelum Anwar berjumpa dengan agong untuk angkat sumpah sebagai PM ke-7 sebaik saja selesai PRU-13 nanti.

Mentaliti rakyat Malaysia sudah banyak yang berubah seiring dengan pembanggunan dan kemajuan Malaysia. Dari mentaliti kampong kini hampir semuanya ber'mentaliti bandar dan kota disebabkan arus pembanggunan pendidikan. Rakyat yang sedang beralih paradigma pemikiran  mereka telah membuatkan legasi Mahathir adalah sesuatu yang tidak berguna dan tidak bermakna apa-apa. Rakyat-rakyat yang didalam bandar dan pekan-pekan besar tidak lah mengkagumi sangat apa yang telah dilakukan olih Mahathir selama 22 tahun dia 'mencekik' kita dengan kuasanya. Tetapi kalau dikampong-kampong, di penempatan-penempatan felda yang jauh dipendalaman dan dipekan-pekan kecil, mereka masih lagi sanggup berebut-rebut, sanggup berhujan panas nak tunggu dia dan nak duduk sebelah dia.

Kicauan dan kokokan Mahathir masih menggunakan setrategi lama iaitu menakut-nakutkan rakyat tentang Anwar Ibrahim dan kerajaan Pakatan Rakyat. Dia berkokok dan berkicau mengatakan yang hanya umno/BN saja yang mampu buat itu dan ini, hanya umno/BN saja yang mampu tadbir Malaysia, hanya umno/BN saja layak.  Dia masih menganggap yang orang melayu masih lagi duduk atas pokok, masih lagi macam 'katak bawah tempurung'.

Dunia sudah banyak berubah. Organisasi-organisasi yang lemah juga sudah bayak berubah dan telah melalui leberalisasi, pengstrukturan semula, pengambilalihan dan peng'gabungan. Jadi apa yang pelik nya jika kerajaan kita juga bertukar tangan demi kemajuan negara yang lebih baik dan demi rakyat yang mahukan perubahan.

dollah yankee -
Akan sampai masanya yang dia akan diadili, sama ada olih rakyat atau olih Allah SWT ...

1 comment:

  1. Tak sabar nak tengok madey duduk dalam kandang orang salah... Bestnyaaaa...!!!

    ReplyDelete