suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, March 01, 2013

Pelik betoiii ...


1. Dulu PAS yang akan gantung bendera lebih awal sebelum piliharaya, sekarang? dah jadi lain pulak. Parti yang sebelah sana yang gantung awal lagi, tengah-tengah malam pula tu…
2. Dulu tak pernah kita tengok kalau sapa-sapa nak pi kempen, Ketua Cawangan umno akan terhegeh hegeh halau puak-puak PR ni. Tapi sekarang ni siap tunggu dengan parang, dengan bom cat warna merah lagi, dan SB pulak yang dok tolong bagi info bila dan pukul berapa PR nak masuk kampong.

3. Sewaktu PRU yang dulu-dulu, tak pernah nak dapat duit macam -macam , sekarang ni kalau korang sebut nak bintang pun diorang akan petik bagi kat kita semua. Kami masih  ingat lagi kata-kata Idris Jala(udang), "kalau kita bagi subsidi, negara boleh bangkrap" tapi sekarang dah jadi lain pulak.
4. Dulu Tok Batin di rumah-rumah panjang paling baik dapat hamper saja kalau nak PRU, tapi sekarang ni siap bagi smart phone lagi. Tah ada ke tak ada WIFI dalam hutan tu.. Kalau tak ada dah tentu jadi macam 'sikudung dapat cicin' ler agak nyer.
5. Dulu tak pernah bila nak PRU kita tengok artis luar negeri datang kat Malaya ni,tak abis abis artis tempatan jer. Sekarang ni dah boleh dapat nengok PSY artis popular satu dunia.
6. Dulu kita tak pernah tengok banner ajak PAS bersatu, tapi kalau PRU yang dulu-dulu tu siap maki hamun lagi. PAS sesat ler.. Parti ajaran setan ler. Hari ni dah lain pulak bunyi bannernya…
7. Sekarang ni ada yang menyamar jadi ahli PAS kutuk DAP. Bila di rujuk pada ahli kawasan tu depa pun tak tahu siapa ahli yang bernama si polan bin si polan. Itu ler yang peliknya PRU ke 13 ni.
8. Sekarang ni bila nak ceramah,nak kempen siap ada cabutan bertuah. Ini yang  lagi pelik PRU 13 ni. Dulu ada??

9.Harapan kami bila bila Anwar/PR dah pegang Putrajaya nanti, cuba laa naik kan lagi keuntungan KWSP dan Tabung Haji, kalau boleh ASB juga. Tapi yang pelik dan ajaib pulak ialah bila KWSP labur duit yang kita carum dalam syarikat yang dikatakan untung contohnya Felda, PLUS,dll tapi kita yang jadi ahli KWSP dapat cuma ciput jer.

dollah yankee -
Dulu cukup cepat nak buat PRU,sekarang ni nak cari haribulan pun tak jumpa!

7 comments:

  1. InsyaALLAH, bila PR dah pegang nanti, nak nengok cemana media arus perdana macam TV3 nak buat spin dan u turn puji PR tinggi melangit lak.

    ReplyDelete
  2. hahahah standard la tv 3/4 tu
    2x5 dgn RTM

    ReplyDelete
  3. dulu2 bini pm tak le menyebok ke hulu ke hilir. skang ni bini pm lebih sebok dari pm ke hulu ke hilir

    ReplyDelete
  4. dulu rakyat banyak sokong dacing. sekarang rakyat banyak sokong PR

    ReplyDelete
  5. Wei dolah...yang aku pelik, beli senjata hebat berbelion2. Tapi nak settle kan 200 penceroboh pun bukan main lembap!

    ReplyDelete
  6. Lagi saty dolah.... dah kena kutuk kaw2 dengan deepak dan bala pun boleh buat dekkkkk aje muka dia. apa punya pm macam ni!

    ReplyDelete