suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, March 07, 2013

Kena hantar intelijen kita pi kursus !


Apa kah pasokan keselamatan kita ini tahu latar belakang dan kekuatan pihak penceroboh iaitu tentera sultan sulu? Kalau lah pihak pasokan keselamatan kita tahu betapa tentera-tentera sultan ini jenis yang tak takut mati, jenis yang kejam dan jenis yang "rebus tak hempok,bakar tak hangus", sudah pasti pasokan keselamatan kita tak akan mengambil masa sampai tiga minggu hanya untuk berunding. (pemimpin kita memang terkenal dengan sifat "kita meetting dulu")

Semasa mula-mula diceroboh dulu, polis kita ada pernah kata yang kemungkinan besar penceroboh-penceroboh ini mempunyai senjata.

Macamana nak atur strategi? macam mana nak serang musuh kalu kita tidak tahu kekuatan dan senjata-senjata yang digunakan?

Satu dunia tahu yang pejuang-pejuang islam di selatan Filipina ini pakar dalam perang gerila, mereka cukup suka kalu bab-bab nak perang dan mereka selalu turun ke medan perang. Siang malam mereka usung senjata, pagi petang unifom askar sentiasa melekat dibadan. Kalau mereka tak bersedia, kalau mereka tak terlatih, tentulah mereka tidak akan memancing ikan dilaut yang dalam dengan kail yang sejengkal.

Gurkah-gurkah politik di'port' ada juga dengar cerita kata yang tentera sultan sulu ini dah masuk Sabah dengan bot-bot pancung dah lima enam bulan dulu lagi dah. Mereka datang sedikit-demi sedikit dan telah tinggal dibeberapa buah daerah di Sabah. Kalau betul la benda ni, pihak intelijen kita buat apa tak kumpul maklumat? Nga-nga? sampai tak tau apa yang dok jadi.

Orang-orang Filipina di Sabah yang ada ic dengan yang pendatang haram pun intelijen kita tak boleh kenal yang mana satu, ini kan pula nak kenal penceroboh-penceroboh tentera sultan sulu? Kalau lah pihak intelijen kita pandai dan bijak, sudah tentu awal lagi mereka dah boleh dapat kumpul maklumat-maklumat kedatangan puak-puak ini yang sejak awal lagi.

Susah lah kita nak serang musuh kalau kita tak tau musuh tu dok tang mana !

dollah yankee -
Ada sorang gurkah bekas intelijen tentera kalau dia tengok TAIK, dia boleh cakap TAIK tu bila telah di-berak. Kah..Kah..Kah..

No comments:

Post a Comment