suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, March 08, 2013

Apa?Sudah 5 tahun?!


Selamat ulangtahun ke-5 kepada Pakatan Rakyat yang telah memerintah Selangor,Pulau Pinang,Perak,Kedah dan Kelantan dengan begitu bergaya sekali.

5 tahun yang lalu juga sebahagian dari rakyat Malaysia yang dahagakan kerajaan yang adil dan bebas rasuah telah mengundi untuk mengubah Malaysia.

Gurkah-gurkah politik di'port' serta rakyat Malaysia amnya selama 5 tahun ini telah dapat menyaksikan sendiri bagaimana benih yang dicampak begitu saja tanpa ditanam telah menghasilkan buah-buah yang cukup sedap dengan polisi-polisi dan program-program mereka. 5 tahun juga merupakan satu jangka masa yang agak lama untuk kita melihat, memerhati, mengalamai dan menilai sendiri keberkesanan pentadbiran Guan Eng,Khalid Ibrahim,Ustaz Azizan dan Tun Guru Nik Aziz dengan pentadbiran yang terdahulu.

dollah yankee -
Malam ini jangan lupa di Padang Kota Lama, yang bakal mencatat satu lagi sejarah selepas UAI.

No comments:

Post a Comment