suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, March 04, 2013

Akibat dari 'Janji Di-Capati', Anwar akan dapat duit




PETALING JAYA - Utusan Malaysia dan TV3 bakal berhadapan dengan saman RM200 juta jika enggan membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes warga Filipina menceroboh Lahad Datu, Sabah.

Tempoh 24 jam, yang bermula hari ini.

Anwar menuntut Utusan dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka.

Beliau yang diwakili firma Daim & Gamany menggesa Utusan membuat permohonan maaf ekoran laporan pada muka hadapannya bertarikh 2 Mac dengan judul "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" Dan di muka 10 akhbar itu berjudul "Tiga kumpulan jadi dalang".

TV3 juga dikatakan menggunakan istilah dalang dalam mengaitkan Ketua Umum PKR itu dalam insiden tersebut.
"(Perkataan dalang) diulang berkali-kali," ujar peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya.

dollah yankee -
Alamakkkkk ... 200 Juta?! eh..eh..eh.. syiokknya!

No comments:

Post a Comment