suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, February 14, 2013

Warga asing saja yang pandai sekolahkan kerajaan kita




Kita dipahamkan yang gaji minimum yang diperkenalkan adalah khusus untuk pekerja-pekerja tempatan sahaja, tetapi mereka juga men'demand' gaji minimum, mereka juga mahu keistimewaan sepertimana pekerja-pekerja tempatan. Maka apabila gaji minimum ini diselaraskan maka pekerja-pekerja tempatan hanya mendapatkan kenaikan sekitar 50 ringgit  sahaja manakala warga asing ini akan mendapat kenaikan diantara 300 ringgit hingga 400 ratus ringgit setiap orang disamping itu mereka juga akan 'enjoy' kemudahan pengangkutan dan perumahan yang percuma.

Bagi warga-warga asing ini 'strike' atau mogok sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka di negara tempat mereka datang. Adalah dipahamkan yang 'gelombang mogok' ini sedang menanti untuk menghentam industri-industri yang menggaji warga-warga asing sepenuhnya.

Di Muar, Johor sebuah industri @ kilang perabut telah kelam kabut apabila kira-kira 500 orang pekerja warga asing ini telah melempar segala peralatan mereka dan melakukan 'strike' @ mogok sehari sebelum cuti panjang tahun baru cina apabila majikan mereka telah tidak bersetuju dengan tuntutan gaji minimum 900 ringgit dari mereka, dan mereka juga menuntut agar bayaran levi mereka mesti ditanggung olih majikan mereka sedangkan kerajaan telah mengatakan yang bayaran levi pekerja warga asing ditanggung olih pekerja itu sendiri.

Dipahamkan juga yang warga-warga asing yang melakukan mogok dikilang ini sedang cuba meracuni pemikiran sahabat-sahabat mereka dari lain-lain kilang dengan menghantar sms-sms untuk melakukan mogok yang sama bagi menuntut gaji minimum.

Buat masa ini majikan-majikan yang menggaji warga-warga asing ini sedang tunggu dan lihat apa yang akan terjadi minggu hadapan (isnin ini) apabila banyak kilang-kilang yang sedang cuti panjang kerana tahun baru cina akan mula beroperasi semula.

dollah yankee -
Kalau semua mereka mogok meminta gaji minimum, pekerja-pekerja kita tak kan nak duduk diam? Bila tak duduk diam, 'production' akan menerima kesan. Ini sudah tentu akan menjadi modal besar umno/BN untuk menghentam Pakatan Rakyat.

Nota:-
Senang sahaja jika mahu mengurangkan kebanjiran warga asing ini. Berapa upah gaji mereka jika mereka bekerja di negara mereka? Bayar harga itu untuk mereka, baru lah mereka pun tak akan datang.

No comments:

Post a Comment