suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, February 17, 2013

1 tahun selepas di-'brain-wash' Mat Sabu

Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, yang juga bekas Panglima Angkata Tentera Darat Malaysia, Briged Jeneral Datuk Abdul hadi Abdul Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).
 
Bukan lah satu perkara yang mudah nak cuci 'kepala otak' bekas-bekas anggota tentera kita. Tahu kah anda semua yang kerja-kerja mencuci 'kepala otak' mereka ini telah di pertanggungjawabkan kepada abang Mat Sabu kita? Dan tahu kah juga anda bahawa selepas satu tahun lebih sahaja baru lah mereka-mereka telah menetapkan fikiran untuk menyokong Anwar dan Pakatan Rakyat.
 
  • 4:59PM Februari 11, 2012
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat bakal melakukan kejutan dengan menurunkan bekas pegawai tinggi tentera dan polis sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Berucap dalam satu ceramah di Telok Emas, Melaka malam tadi, Mohamad berkata perkara itu akan diumumkan "tidak lama lagi."

"Tuan-tuan nak tahu pada pilihan raya akan datang beberapa orang bekas polis, bekas tentera berpangkat tinggi akan jadi calon dalam Pakatan Rakyat dan kalau berlaku begini sudah seluruh (sokongan bekas tentera) kembali kepada kita," katanya.

Beliau juga mendakwa, ramai bekas pegawai tinggi tentera itu mencarinya untuk menyatakan sokongan kepada kenyataannya berhubung insiden Bukit Kepong, yang mencetus kontroversi sebelum ini.

"Kebelakangan ini ramai bekas jeneral-jeneral cuba cari saya, mereka beritahu saya mengenai Kelab Pegawai-Pegawai Tentera Bersara (RAFOC) telah memutuskan bersetuju dengan kenyataan saya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

"Mereka putuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada 14 September 2011 jam 11 pagi di Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur dipengerusi Presiden RAFOC, Jeneral (B) Tan Sri Datuk Mohd Ghazali Mohd Seth.
 
dollah yankee -
Mat Sabu jauh lebih hebat dari Dr.Fazilah Kamsah


1 comment:


  1. Kesian,

    lihat blog pelatukparuhgading.blogspot.com...

    Akhirnya, pembangkang bongkar muslihat mereka yg mahu jeneral ini `terbalik' kerana `brainwash' Mat Sabun...Itupun jenerakl ini tak sedar!!!

    ReplyDelete