suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, January 13, 2013

Tahniah abang Mat!

Tahniah kepada Pengarah HKR#112 Saudara Mat Sabu ...


12 Januari 2013 akan tercatit sejarah yang tersendiri sepertimana 'pokok demokrasi' di Ipoh. 
Ini lah hari dimana rakyat telah bangkit untuk berhadapan dengan kerajaan yang mengamalkan permainan politik yang zalim.

Kematian Ahmad Sarbani, A.Kugan,Teoh Beng Hock,Altantunya Sharibu yang hancur di bom, rasuah kapal selam scorpene yang beratus-ratus juta, Skandal Bank Bumiputera (sampai kena tutup kedai), rantai,beg birkins dan cincin yang sampai dua tiga puluh juta, 40 juta yang dibawa masuk secara haram dari Hong Kong, NFC dengan lembu-lembu dan projek bela lembu dalam kondo, Deepak dan Ketua Wanita umno Selangor dalam projek pusat puspahanas, beratus billion wang yang dibawa keluar secara haram, guna duit dan kemudahan untuk rakyat pada majlis anak nak bertunang dan anak nak konvo. SPR(Suruhanjaya Pilhan Raya) yang dah jadi salah satu umno bahagian,  skandal kamera AES, menyamun harta negara melalui pos malaysia yang diperbadankan, pelabuhan-pelabuhan yang diperbadankan, konsesi lebuhraya, khidmat air yang diswastakan, menyalah gunakan duit petronas untuk jamin keluar individu-individu yang bermasalah dalam perniagaan. 

Kalau nak cerita lagi memang sampai esok pun tak boleh habis ! 

Ini lah harinya dimana rakyat telah bangun dengan suara keramat mereka!

dollah yankee -
semuanya aman dan tiada masalah, jadi betul lah apa orang cakap yang semasa Bersih dulu kekacauan bermula dari kumpulan yang pakai baju kuning tapi pakai but polis ... 

No comments:

Post a Comment