suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, January 20, 2013

KL satu minggu yang lalu ..


Satu minggu yang lalu Malaysia telah diceriakan dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang berlangsung di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya.Buat julung kalinya, kerajaan melunaskan janji mereka sebagai kerajaan yang mengamalkan demokrasi apabila tiada gas pemedih mata, tiada meriam air, tiada FRU, tiada polis yang pakai baju kuning dan tiada provokasi dari pihak berkuasa sepanjang himpunan ini diadakan.
Ini menunjukkan kerajaan 'laki-bini' sudah takut, sudah 'kecut-telor' dengan kuasa yang ada pada tangan rakyat dimana mereka juga berfikir tentang nasib mereka pada pilihanraya ke 13 yang akan datang. Biarpun polis mengatakan hanya 45 ribu orang yang hadir tetapi kenyataannya ialah himpunan ini berjaya menarik seramai kira-kira 500 ribu orang sepanjang himpunan ini diadakan. Ia juga boleh dikatakan perhimpunan aman yang pertama kali berlangsung dengan aman dan lancar dan bukannya seperti perhimpunan aman sebelum ini.
Polis yang mengawasi kawasan sekitar Stadium Merdeka pula berkawal dengan amat beretika skali. Tiada lagi FRU untuk mempertahankan sekeping padang. Rata-rata semua polis tersenyum membalas lambaian para peserta dan ditunjukkan isyarat bagus sebagai tanda terima kasih diatas pengorbanan mereka mengawal keselamatan awam dan para peserta. Inilah yang dimahukan rakyat Malaysia. Bukannya mengikut telunjuk pemimpin malah berani menegakkan keadilan yang sekian lama terkubur.
Sementara itu pada hari yang sama, PM (yang tiada mandat) Najib Tun Razak pula turun menyertai satu ‘Himpunan Air’ di Semenyih. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, himpunan itu tidak semena-mena diwarnai oleh kehitaman di mana ramai PATI yang datang mengerumuni seolah-olah sampainya bantuan kecemasan ketika perang. Mereka memberikan bantuan seperti beras dan sebagainya kepada penduduk setempat dan yang paling menyedihkan lagi, rata-rata yang hadir disitu bukanlah penduduk setempat disitu tetapi bagaikan ada lawatan sambil belajar yang dibawa oleh bas-bas yang disewa dan memakai baju BN untuk menjayakan majlis ini. Sekarang anda lihat, siapa yang masuk dalam bakul angkat diri sendiri. Isu air yang melanda Selangor ini sebenarnya berlaku akibat terdapat tangan-tangan kecil yang mengarahkan orangnya supaya menyekat air dari disalurkan kepada rakyat. Ini merupakan satu perbuatan yang zalim. Hanya kerana kepentingan politik, mereka sanggup menganiaya rakyat Selangor dari terus mendapatkan bekalan air.
BN seharusnya sedar bahawa bukan semua rakyat boleh dibeli mereka dengan sewenang-wenangnya. Rakyat sekarang 'bukan bangang' dan mereka sudah tahu menilai antara baik buruk, yang mana 'botol kicap dan yang mana botol cuka'. Apa yang rakyat tuntut adalah hak keatas hasil bumi Malaysia, demokrasi, keadilan dan kesaksamaan dari kerajaan. Gurkah-gurkah politik disini ingin berpesan kepada semua pencacai-pencacai UMNO yang masih berniat untuk mengambil keuntungan dengan menjadi kroni mereka, sudah-sudah lah... bawa-bawa lah berehat sama...!
Marilah kita hidup di dalam keamanan yang penuh murni. Bebas rasuah, telus dan adil. Semua yang rakyat minta ini adalah keperluan asasi bagi pemimpin atau khalifah bukannya permintaan yang bukan-bukan. Sampai bila anda mahu 'mentekedarah' dan merembat duit rakyat? Sampai bila anda mahu sogok kroni-kroni? Ingatlah! Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Tuhan sentiasa melihat perbuatan kamu.
dollah yankee - Kalau ada lagi himpunan yang seperti ini, gurkah-gurkah politik disini akan berjalan kaki dari Penang ke KL 

No comments:

Post a Comment