suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, January 17, 2013

Guan Eng mesti kesal sebab dia telah tersilap ...


Krismas dah habis dah dekat satu bulan. Tetapi sebab PRU13 dah nak sampai sangat-sangat dah,ucapan perayaan pada pagi krismas untuk penganut-penganut agama kristian dari Lim Guan ... yang berbunyi "Kita akan minta kebenaran dari kerajaan pusat agar penganut-penganut agama kristian boleh menggunakan perkataan Allah" baru dimainkan dengan 'gila-gila' olih media-media yang pro BN/umno.

Kalau ditanya pada gurkah-gurkah politik disini,mereka akui yang Guan Eng sudah buat silap sebab ucapan perayaan dari beliau adalah kapisiti ucapan seorang ahli politik yang mahu ambil kesempatan dan ambil hati pengundi dari penganut kristian. Dan dalam perkara dan isu ini, imej Pakatan Rakyat ada sedikit tercalar. PAS juga tidak terkecuali, biarpun ramai yang setuju dan menyokong gabungan ikatan antara PAS,DAP dan PKR ini namun bila tiba isu kalimah Allah ini, ramai yang tak bersetuju dengan Guan Eng dan DAP. Walaupun ahli-ahli kitab seperti TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi Awang mempertahankan ucapan dari Guan Eng dan ada terdapat dalam kitab-kitab yang mengatakan semua orang boleh guna parkataan Allah ini, namun ramai yang menentang, dan mereka yang lantang menentang ialah mereka yang daripada golongan orang-orang yang kalau kencing pun tak pernah ingat basuh dan yang kalau masuk mesjid pun hanya bila hari raya saja. Jadi gurkah-gurkah tak boleh nak komen!

Kalau kita teliti, isu kalimah Allah yang dibuat Guan Eng ini tak lah begitu dasyat sepertimana isu yang sama yang dimainkan tiga tahun dahulu. 

Rasa-rasanya bab kalimah Allah ini sudah terjadi sejak berkurun yang lalu diseluruh dunia dan sampai sekarang mereka masih gagal untuk mendapat satu jawapan dan keputusan, jadi dalam hal ini kita cadangkan agar biar lah Allah sahaja yang tentukan siapa yang benar siapa yang salah. Itu yang paling baik.

dollah yankee -
Sebab itu lah Guan Eng kata penting untuk DAP letak seorang melayu sebagai KM yang boleh jaga orang melayu dan agama islam ...





No comments:

Post a Comment