suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, January 01, 2013

Dah nak mamposs!

Baru baru ini DAP telah mengadakan Kongres Kebangsaannya di Pulau Pinang buat kali ke 16. Segala perjalanan kongres dari undian hinggalah kepada perlantikan jawankuasa yang baru berjalan dengan lancar. Ramai ahli serta perwakilan hadir bagi melunaskan tanggungjawab mereka serta memberi sokongan serta mengeratkan silaturrahim antara ahli dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia. 20 orang telah dilantik menjadi Pemimpin Tertinggi Pusat melalui undian demokrasi yang berhemah tanpa sebarang gangguan.

Namun selepas dari hari tersebut, terdapat suara-suara sumbang yang mengkritik hebat tentang pilihan ahli parti DAP dan mereka yang mengkritik ini sudah semestinya orang Be End. Tetapi ada yang lebih menggelikan hati lagi ialah terdapat ‘Lalang Tua’ yang tidak sedar diri ingin bertarung namun sudah hilang isinya. Hal ini ditujukan kepada Tunku Aziz yang pernah memegang jawatan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dan juga senator Dewan Negara.
Kenyataan media Tunku Aziz di dalam Utusan Malaysia pada 17 Disember 2012 baru-baru ini menyatakan bahawa Parti DAP yang tidak memilih calon Melayu sebagai pemimpin tertinggi sebagai chauvinis adalah fitnah sama sekali.Ini adalah kerana ia sememangnya prinsip Parti DAP yang berlandaskan semua kaum di Malaysia tidak dapat dinafikan lagi kerana ianya tertulis dalam Perlembagaan Parti.
Jika dilihatkan pada sejarah penglibatan Tunku Aziz dalam DAP, dia hanya menyertai DAP pada 2008 selepas pilihanraya ke 12 yang juga merupakan tsunami politik berlaku di 4 buah negeri termasuk Pulau Pinang. Pada waktu itu juga berlangsungnya Kongress Kebangsaan DAP yang telah menunjukkan demokrasi dalam parti dimana Ahmad Ton telah dipilih oleh perwakilan-perwakilan ahli menjadi salah seorang pemimpin Melayu tertinggi dalam Pimpinan Tertinggi Pusat DAP. Namun berlainan dengan Tunku yang baru sahaja menyertai DAP namun diberi peluang untuk berbakti dan dilantik oleh Pimpinan Tertinggi Pusat menyertai mereka. Ini menunjukkan DAP tidaklah seperti parti lain yang hanya memilih bangsa untuk menyertai parti mereka dan pemimpin tertinggi mereka. Namun bagi Tunku Aziz, dia umpama ‘musang berbulu ayam’ yang bukan sahaja tidak memberikan apa-apa manfaat kepada parti malah merosakkan segala usaha parti memperjuangkan hak rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Inilah yang dikatakan’lalang tua yang nyanyuk’ setelah tidak dapat membuahkan hasil habis seluruh bendang dijangkitinya. Orang seperti ini tidak sepatutnya diberi ruang untuk berpolitik kerana walau di parti mana yang dimasuki, habis rosaklah perjuangan parti kerana sikapnya yang mementingkan diri melebihi semangat perjuangan yang diperlukan sebagai seorang ahli parti dan rakyat Malaysia yang menegakkan keadilan kerana cintakan Negara.
dollah yankee - Happy New Year 2013 Mr.Guan Eng,semalam punya 'bunga api' adalah yang terbaik sepanjang sambutan tahun baru!

No comments:

Post a Comment