suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, January 14, 2013

Akhirnya.. seorang melayu akan jadi KM P.Pinang


Lebih 50 tahun BN/umno perintah Pulau Pinang, mereka (umno) tidak mampu dan tidak berani untuk membatalkan perjanjian antara Tun Razak dengan Tun Lim Chong Eu  dimana pejanjian itu berbunyi lebih kurang macam ini .. jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang mestilah dipegang olih seorang cina.

Akhirnya .. impian orang melayu Pulau Pinang mahu melihat negeri itu di-pimpin olih seorang melayu akan menjadi kenyataan setelah berpuluh-puluh tahun bila Zairil Khir Johari adalah antara calun yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan untuk diberikan jawatan itu (kerana Guan Eng akan ke pusat sebagai menteri) dan sudah semestinya dengan sokongan dan dokongan dari Guan Eng selepas PRU-13 nanti. Ini juga merupakan satu impian Guan Eng untuk merealisasikan apa yang orang melayu Pulau Pinang mahukan selama ini iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang seorang melayu.

Zairil akan mengambil tempat menggantikan ADUN Pulau Tikus Koay Teong Hai pada PRU akan datang kerana Koay Teong Hai ini  telah digantung keahlianya olih DAP selama 6 bulan kerana telah pergi ke US secara senyap-senyap tanpa memberitahu speaker DUN Pulau Pinang kerana satu urusan mencari 'lubang' berniaga. Dan sudah pasti lah dengan pergantungan itu Koay akan tersingkir sebagai calun PRU-13 secara automatik kerana PRU hanya tinggal lagi satu bulan setengah sahaja.

dollah yankee -
Dengan jawatan Zairil sebagai SETPOL Guan Eng dan jawatan beliau di Penang Institiute, gurkah-gurkah politik disini cukup yakin dengan kemampuan Zairil Khir Johari.

Good job Mr.Guan Eng !!!



4 comments:

  1. BTW, he's chinese, not malay. But im not sure either he's muslim or not (I do hope he's a muslim and a good muslim). If he is going to be Penang chief minister, i hope he do the damn job with his best without racism.

    http://www.isuhot.com/?p=6705

    ReplyDelete
  2. mamat ni cina la. pfff..

    ReplyDelete
  3. klu aku, aku x lantik org yg xde komitmen pegang jawatan utama....lari tinggl kan kerusi hya kerana perniagaan sendiri? org mcm ni nk jd ketua menteri?....aku rs lbh baik cina pegang pp...dr melayu korup pegang pp

    ReplyDelete
  4. betul ke melayu boh..?
    (http://tunkuaisha.blogspot.com/2013/01/zairil-khir-johari-b-abdullah-is.html)

    ReplyDelete