suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, December 04, 2012

Rembat,jangan tak rembat !

Mula-mula dia (menteri) ambil. Lepas tu bagi pula dekat bini dia, lepas bagi dekat bini, bagi pula dekat anak dia. Lepas tu bagi pula dekat adik, abang, adik ipar, pak sedara, anak 'menakan' dan sedara-sedara yang terdekat. Macam tu lah pusingan berjalan selama 50 tahun.

"Jangan bekerja untuk saya,tapi bekerja lah bersama-sama saya!".
Kah..Kah..Kah.. last-last dia sapu semua! 

Terkejut? Apa yang nak terkejut! itu ada lah perkara biasa di negara ini yang dipanggil 'boleh land'.


Oleh Mohd Farhan Darwis
December 04, 2012
KUALA LUMPUR, 3 Dis — PKR hari ini mendakwa keluarga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Pengerusi Biro Pelaburan PKR, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhmah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.
Beliau turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun.
“Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang ini dan harga purata setiap meter berharga RM250.
“Justeru itu, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion.

“Untuk tahun kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion.
“Jika meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun.

dollah yankee - Bukan yang tu saja,banyak lagi depa dah 'gagau'!

No comments:

Post a Comment