suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, December 25, 2012

Harapan rakyat kepada Anwar


Yang penting sekali ialah kita kena buang BN, kena buang UMNO, tapi bukan hanya BN tetapi juga adat tradisi mereka, prinsip pentadbiran mereka , cara dan kaedah bagaimana untuk meraih sokongan daripada rakyat mengikut cara mereka, school of Politik BN, takrif sukarelawan BN , cara mereka memartabatkan bangsa melayu , cara mereka mengangkat pembangunan orang Melayu , jika kita bentang hujah hujah dan nilai satu persatu tindakan aktiviti , dasar Barisan Nasional ini amat jelas ia nya akan dan telah pun memusnahkan BANGSA MELAYU itu sendiri


Ini yang diperjuangkan dan perjuangan ini teramat lah penting , dasar pelajaran , dasar bahasa, dasar subsidi , dasar fiskal yang memberi kontrek-kontrek kecil dan besar , dasar perumahan negara, dasar belia negara pula banyak sangat yang telah diselewengkan , diputar belitkan , di penting diri kan.  Dasar tadbir agama islam pun sanggup diporak perandakan , dasar keselamatan yang dipanggil diraja yang sepatutnya independent dan junjungan keluhuran undang undang dan perlembagaan.  Pemilihan jawatan awam pengurusan tinggi yang di kronikan di-pilihbulukan mengakibatkan bukan hanya kerosakan di peringkat pengurusan tertinggi malahan di middle managers  

Begitu banyak yang telah tercemar dan dicemari , rosak dan dirosakan, seleweng dan di-selewengkan fungsinya, peranannya dan objektif nya 


Olih itu JOM UBAH! dan INI KALI LAH ! 

dollah yankee -
Ubah..ubah..ubah dan ubah..


No comments:

Post a Comment