suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, December 08, 2012

BN,kalau cakap..KOMTAR pun goyang..tuuii!!

Tapak projek Taman Manggis di Yahudi Road (Jln Zainal Abidin) pernah menjadi isu besar di Pulau Pinang sekitar bulan 5 dan bulan 6 dulu. Tanah itu tak lah besar mana pun, tak sampai 1 ekar tetapi harga nya boleh mencapai sekitar RM450 per kaki.

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pernah dan berhasrat mahu membina projek perumahan rakyat di atas tanah itu, tapi banyak mana sangat rumah PPR yang boleh dibina diatas tanah yang sebesar 0.45 ekar itu? Lalu kerajaan PR pun membatalkan hasrat mereka mahu membina rumah PPR. 

Bila sudah batal, apa lagi? ini lah masa dan peluang keemasan yang ditunggu-tunggu olih orang BN/umno untuk 'melabon' Guan Eng dan kerajaan PR Penang. Maka berdentum dentam lah tong-tong kosong BN/umno memecah kesunyian. "Kenapa tak boleh buat projek PPR? mahu makan duit kah?, kasi sama kita orang (BN/umno) itu tanah, kita orang boleh tunjuk sama orang-orang Penang yang kita orang boleh bikin projek rumah PPR untuk rakyat Penang".

Demi mahu membuktikan kepada rakyat Penang bahawa dengan keluasan tanah 0.45 ekar itu tidak boleh dan tidak sesuai untuk projek PPR Guan Eng mencabar mereka (BN/umno) untuk membelinya dengan syarat mereka harus membina projek PPR.


GEORGETOWN- Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menyerahkan permohonan rasmi kepada kerajaan negeri untuk membeli tapak tanah Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin dalam tempoh 10 hari lagi.
Ketua Pemudanya, Oh Tong Keong berkata surat tawaran itu penting kerana pihaknya akan menubuhkan sebuah syarikat untuk meneruskan projek perumahan rakyat (PPR) fasa kedua di tapak tanah berkeluasan 0.45 ekar itu tanpa ada masalah berbangkit di kemudian hari.
"Syarikat ini dinamakan sebagai Taman Manggis Phrase II Sdn Bhd dan lembaganya akan diterajui lima pemaju di negeri ini dan Kuala Lumpur yang menyokong inisiatif kami membeli tanah ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Khamis lepas, pemuda BN menerima surat tawaran penjualan tanah berkenaan yang dihantar sendiri oleh Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Komtar, Ng Wei Aik.


Ini lah perangai 'haram-jadah' BN/umno disini. Kalau dengar mereka cakap.. KOMTAR yang setinggi 65 tingkat tu pun boleh bergoyang beb! tapi haram apa habuk pun tarak !! tuuiii !!!


GEORGETOWN - Mesyuarat Exco Pulau Pinang kelmarin sebulat suara memutuskan untuk membatalkan tawaran penjualan tanah Taman Manggis tanah seluas 0.45 ekar di Jalan Zainal Abidin, di sini kepada Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kerana tidak mematuhi faktor utama.
Ketua Menteri Lim Guan Eng  berkata, BN Negeri dan Pengerusinya, Teng Chang Yeow didakwa tidak ikhlas untuk membeli tanah itu untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Menurutnya, faktor utama ialah kenyataan dikeluarkan oleh Pengarah Taman Manggis Phase 2 Development Sdn Bhd, Khoo Boo Soon bercanggah dengan tujuan awal pihak BN negeri untuk  membina PPR atau rumah kos rendah untuk sewa malah Kerajaan Negeri mendapati pihak BN berhasrat bagi  membina rumah mampu milik berharga RM400,000.


dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. 
tak habis-habis nak menipu. Lu kalau mahu tipu, lu kena belajar dari Dato Musa itu Ketua umno Bukit Mertajam, lu tengok apa macam dia tipu sama orang melayu Kampong Terang.

P/S
Kah..Kah..Kah..
hari ini Najib datang ke Tanjong Tokong untuk BERJANJI, 40 tahun dulu bapak dia pun ada datang ke-Tanjong Tokong, tempat yang sama, juga untuk BERJANJI !

No comments:

Post a Comment