suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, November 09, 2012

Siapa yang nak kena jual?Saham felda atau warga felda?

dollah yankee -
Di hari jumaat yang mulia ini penghulu segala hari, gurkah-gurkah politik di'port' nak bagi sikit nasihat kepada warga-warga felda supaya... "Warga-warga Felda sekalian jangan marah haaa, sebab kalau anda semua marah anda semua akan jadi macam dalam filem P.Ramlee 3 Abdul...ANDA SEMUA AKAN KENA JUAL olih umno!" Kah..Kah..Kah..



SAHAM FELDA MEROSOT,MENGHAMPIRI REKOD 

TERENDAH- malaysian insider

Saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH), tawaran awal awam (IPO) kedua terbesar di dunia tahun ini, telah merosot dalam minggu lepas atas keraguan terhadap pendapatan lemah syarikat perladangan tersebut.

Saham gergasi perladangan itu, yang sepatutnya menjadi durian runtuh kewangan kepada peneroka Felda, diniagakan serendah RM4.59 semalam, sedikit lagi menghampiri rekod terendah RM4.57 yang dicatatkan pada 11 September.

FGVH ditutup pada RM4.63, tujuh sen lebih rendah berbanding pada 1 November dan hanya lapan sen di atas harga IPO.

Ramai peneroka mengambil pinjaman untuk membeli saham FGVH dan trend umum penurunan harga saham sejak penyenaraiannya pada 28 Jun apabila ia mencecah rekod tinggi RM5.46, boleh menjadi punca ketidakpuashatian.

Kerajaan bagaimanapun melangkah masuk untuk membantu peneroka apabila mendapat peruntukan RM361 juta dari Felda, pihak berkuasa pembangunan tanah kerajaan, pada bulan Ogos untuk membiayai 800 unit saham yang dibeli oleh setiap peneroka.

Peruntukan ini akan membebaskan peneroka dari perlu membayar lima peratus faedah bank setahun ke atas pinjaman yang diambil untuk membeli saham; peneroka sebaliknya akan membayar balik Felda kira-kira RM50 setiap bulan tanpa faedah, selama lima tahun.

Prestasi mengecewakan FGVH juga boleh menyebabkan gangguan sepanjang rentetan penyenaraian mega baru yang menolak Kuala Lumpur mendahului Hong Kong sebagai hab IPO utama di rantau ini.

3 comments:

  1. bg peneroka...sabarlah..mungkin musibah ini adalah ujian dr Allah swt...nasi hampir menjadi bubur..tp masih boleh dimakan lg...lain x...sebelum membuat sesuatu keputusan... bertanyalah pd yg lebih tahu...jgn dengar dr sebelam pihak sahaja...skrg apa dh jadi ??

    ReplyDelete
  2. bagus anna semua warga felda pasti akan dijual olih haram jadah umno bn ,ini semua atas kesalahan dan kebodohan warga felda sendiri ,pandan muka kau Tiga samdul berjaya menipu warga felda.

    ReplyDelete
  3. eloklah tu biar jatuh merundum lpstu kene jual! baru ada akal sikit pakcik & makcik pelda yg karat umnu..puak2 yahudi tunggu time jer nak kuasai pelda melalui yahudei melayu umnu

    ReplyDelete