suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, November 15, 2012

MCA pun akan jadi macam Parti Gerakan,mati!


Chua Soi Lek tengah demam sebab dah pun terima lapuran daripada gurkah-gurkah mereka kata 9 kerusi parlimen yang sedang dipegang mereka sudah terang akan terlepas pada Pakatan Rakyat pada PRU nanti.

Senarai paling atas yang bakal hilang ialah Ong Kah Ting di Kulai. Sebab itu lah Kah Ting siang-siang dah bagi tahu tidak mahu bertanding lagi. Senarai nombor dua pula ialah Pandan dengan Ong Tee Keat. Sebabnya Tee Keat ini pada waktu ini kaki kanan dia masih lagi ada dalam MCA, manakala kaki kiri dia pula sedang berada di dalam Pakatan Rakyat. Maklumat kata 75% dia akan melompat bila dah dekat-dekat tarikh nak mengundi.

Kalau pada hari ini, 5 kerusi dari Bentong, Ayer Hitam, Labis, Gelang Patah dan Kampar masih lagi ada 50 % sokongan dari orang-orang cina disana, dan kemungkinan besar bila dah dekat-dekat nak PRU nanti sokongan 50% tu mungkin akan tinggal 25% sahaja.

Untuk kerusi Lumut pula, terang-terang orang-orang disana dah tolak MCA sebab dan gara-gara tiang-tiang AES.

Senarai terakhir ialah kerusi Raub. Kerusi ini hari ini di-miliki olih Ng Yen Yen, tetapi sudah pun sah yang umno akan 'take-over' dari Yen Yen. Bila majoriti pengundi-pengundi Raub ada lah orang-orang cina, ada kah mereka akan bagi dekat orang melayu@umno??

dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' ada yang dah pun terima tawaran untuk jadi jadi kempen manager bagi calon bebas di kerusi Padang Serai.



No comments:

Post a Comment