suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, November 23, 2012

Kami percaya pada mu PR


Kami percaya pada mu PR akan menjadi slogan gurkah-gurkah politik di'port' dalam kempen-kempen mereka dalam menghadapi Pilihanraya Umum yang Ke-13 yang akan datang. 
Kalau ditafsir dari segi bahasa, ia memberikan makna bahawa seseorang itu telah memberikan kepercayaan terhadap sesuatu iaitu dengan menyatakan secara lisan ataupun ketetapan hati. Ia memberikan satu makna yang menyeluruh dengan lima patah perkataan. Nilai kebertanggung- jawaban dan kesaksamaan yang mengutuhkan lagi harapan yang dibawa bersama-sama rakyat biasa.
Kami percaya pada mu PR, pada diri kami dan hari esok, kami percaya pada kebenaran. Ini adalah sebaris ayat yang dinukilkan menjadi seni yang amat menyentuh jiwa. Seperti apa yang kita dapat lihat hari ini, hasil dari kepercayaan rakyat terhadap diri mereka sendiri dengan memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat telah menjadi bukti kukuh bahawa sememangnya rakyat yang memilih sehingga permainan kotor mereka (BN/umno) terbantut dan tidak dapat dihalang lagi dari terus melanda Pulau Pinang. Kebenaran yang di sembunyikan oleh mereka-mereka ini tidak dapat disorokkan lagi kerana sudah terlalu banyak hinggakan rakyat telah mngambil keputusan untuk melakukan satu perubahan yang besar.
Kami percaya pada mu PR akan menjadi satu simbol kebebasan, kemenangan dan kekuatan rakyat Pulau Pinang terhadap cengkaman politik. Semoga ini juga menjadi inspirasi bagi rakyat lain yang masih ragu-ragu akan perubahan yang bakal melanda kelak. 
Ubah Sekarang! Selamatkan Malaysia!. Pilihan di tangan anda.
dollah yankee - Bangang lah kita semua kalau tak berani mahu ubah !

No comments:

Post a Comment