suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, November 19, 2012

Doa dah terjawab,mereka sedang mengelupur..


Ulamak-ulamak dalam UMNO sudah naik "sheh". Yang jadi opis boy mereka dalam projek serang TG Nik Aziz (lepas serang Nurul Izah) kali ini ialah Ustaz Fathul Bari. Gurkah-gurkah politik di'port' (yang kebanyakan bila kencing pun terlupa nak basuh) nak juga ber'tarbiah' sikit. 

Kalau nak menghukum Tuan Guru Nik Aziz, mereka ini eloklah di'sekolah'kan sikit  kefahaman tentang solat hajat dan doa yang di buat oleh PAS tiga empat hari yang lepas.

Ulamak ulamak dalam UMNO tak tahu ke yang mereka juga mempunyai hak dan boleh mengadu kepada Allah SWT sekiranya mereka rasa yang UMNO telah difitnah dan atau telah dianiaya, mereka juga mempunyai hak dan di-bolehkan untuk mengadakan solat hajat dan berdoa agar dimusahkan PAS kerana memfitnah UMNO.

Logiknya, inilah nasihat yang patutnya diberi oleh ula'rdalamse'mak UMNO kepada pemimpin mereka termasuk Najib dan Mahyuddin.

Inilah seampuh-ampuh senjata untuk mempertahankan diri dari fitnah bukan dengan berhujah semata-mata.

Gurkah-gurkah ini turut mahu mencadangkan supaya eloklah UMNO buat sembahyang hajat dan berdoa agar PAS hancur dan musnah kerana memfitnah UMNO selama 3hari, 3malam berturut-turut di Stadium Bukit Jalil.

UMNO yang mendakwa mempunyai 3 juta lebih ahli, boleh kerah je ahli-ahli mereka yang berugama Islam ( ahli bukan Islam tetapi bumiputra pun ramai dalam umno, pun boleh berdoa kepada tuhan mereka dan tuhan masing-masing) menghadiri solah hajat dan doa 3hari 3 malam berturut2 ni.

Siang pertama, imam solat hajat dan pembaca doa eloklah diberi kepada Dato' Mufti Perak, manakala sebelah malam boleh bagi dekat Zul Nordin,Kulim.

Siang kedua bagi kat Ustaz Fathul Bari, sebelah malam pula bagi dekat Ibrahim Ali.
Siang ketiga bagi kepada menteri yang jaga ugama, Jamil Khir. Manakala sebelah malamnya yang paling penting sebab malam terakhir, eloklah solat hajat itu diimami oleh Zahrin Hashim. 


dollah yankee -
Ulamak2 yang ada dalam umno pun banyak yang tolong aminkan doa pas itu.Sebab mereka pun dah tak tahan nak tanggong, tapi tak boleh nak buat apa2.Tangan kaki semua kena ikat!

3 comments:

  1. Tak tahulah orang dan ulama "Parti UMNO "ni faham bahasa doa atau tidak.

    1.Bila disebut hancur UMNO bukan bermakna mintak orang DALAM UMNO dikenakan balasan siksa atau azab sebalik diminta parti itu kalah sama ada dikalahkan sebab orang tak bagi undi kepada pemimpinnya atau orang-orang dalam UMNO sendiri keluar dan tidak lagi menyokong UMNO. Kalau tak sokong dan bagi undi maka hancurlah UMNO/BN.Itulah yang diminta!

    2.Perbandingan Allah hancurkan Firaun dan Namrud hanya berbanbingan cara Allah hancurkan kuasa orang yang di sudut pandangan manusia satu kerja yang sukar inikan pula untuk menghancurkan Parti UMNO/BN adalah perkara yang kecil sahaja sama ada Allah gerakkan hati manusia pengundi atau manusia anggota parti untuk tidak memberi undi kepada calon-calon yang bertanding.

    3.Bunyi doa tersebut agak kasar atau keras sedikit tetapi itu adalah gaya bahasa orang berdoa.

    4.Ingat Ahli Sunnah Waljamaah digalakkan berdoa kepada Allah mengenai perkara sekecil-kecil sehingga ke perkara yang sebesar-besarnya.Jika hilang terompah pun diminta berdoa kepada Allah apatah lagi perkara ummah dan agama!

    ReplyDelete
  2. Bukan isu doa sebenarnya tetapi isu yang direka untuk menunjukkan bahawa hebatnya umno mempertahankan Islam.ISLAM MANA YANG UMNO SELAMA INI PERTAHANKAN?.HUKUM HUDUD PUN MEREKA PERKECILKAN. BUKAN SAJA JKKK UMNO BAHKAN PRESIDEN UMNO PUN BEGITU!

    ReplyDelete
  3. Inilah kesan hasil pembudayaan hiburan tanpa batas...Budaya hedonisme yang sekian lama diterapkan menghasilkan masyarakat Islam yang tidak sensitif... Orang ajak boikot Mc D, makin ramai pulak yang berbaris kerana nak burger free... CSL kutuk hudud, senyap tak berkutik... Kalau ini berterusan, umat Melayu akan jadi umat BUIH...

    ReplyDelete