suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, November 25, 2012

Dah 3x PAU,masih tak berani nak bubar parlimen.


Najib ni rupanya masih belum sedar diri walaupun banyak laporan dari bermacam-macam sumber dah sampai ke tangan dia yang mengatakan Pakatan Rakyat dah sah boleh menang antara 98 ke 115 kerusi parlimen. Dan 1 lagi kerusi iaitu Pekan juga sebenarnya 50-50 akan hilang.

Dimana-mana dia pergi, modal ucapan dia sentiasa kata yang orang-orang melayu dah 'fedup' dengan Anwar Ibrahim, dah 'boring' dengan Pakatan Rakyat. Tak payah cerita banyak lah sebab semua orang kampung dah tahu yang modal dia itu hanya nak menyedapkan diri dia sendiri dengan Rosmah Mansur, dan juga nak menyedapkan hati ahli-ahli biasa dan ahli-ahli yang dibawah dalam umno/BN.

Najib juga tahu dan paham, serta terdapat dalam laporan-laporan yang diterimanya dengan jelas mengatakan yang rakyat lah yang dah 'fedup' dah 'boring' dengan dia,dengan bini dia, dengan timbalan dia, dengan Tun Mahathir, dengan Chua Soi Lek, dengan Koh Tsu Koon dengan Musa Aman, dengan Taib Mahmud, dengan Samy Vellu, dengan Nazri Aziz,dengan Sharizat Jalil.

Rakyat semua dah 'boring', dah 'fedup' dengan kes-kes rasuah yang tak pernah habis-habis olih mereka-mereka ini yang sering terbongkar dan dibongkar, namun masih juga cuba ditutup, cuba di 'cover-up' olih mereka.

Pendekata rakyat seluruh Malaysia telah bersedia untuk ubah kerajaan pada PRU-13 nanti. Kalau pada PRU-12 dulu rakyat telah bagi dekat Anwar dan Pakatan Rakyat sebanyak 82 kerusi parlimen dan pada kali ini rakyat dah pun buat keputusan muktamat mahu meningkatkan jumlah kerusi itu daripada 82 kepada 98 hingga115 kerusi dan mungkin juga kerusi di-Pekan sebab hari itu sikit saja lagi kerusi Pekan ni dah nak tergolek (mana punya tong undi dah jadi penyelamat dia), dan mungkin  kali ini pengundi-pengundi di Pekan akan buat sejarah tersendiri (kalau dia tak 'stand-by' emergency punya tong undi laa..).

Najib ini tak sedar kah yang dia jadi PM bukan lah dengan mandat rakyat tetapi dia hanya 'take-over' dari Pak Lah zzzzzz? Jadi jangan cuba meng'saiko rakyat lain dengan berkata yang rakyat semua sedang bersama-sama dan menyokong dia.

dollah yankee -
Dah tiga kali perhimpunan umno dia cakap umno/BN sudah bersedia hadapi PRU-13,tapi sampai hari ni tak berani nak bubar parlimen. Kah..Kah..Kah..


1 comment:

  1. roti xde teloq 2 kuah banjir...huhuhuu

    ReplyDelete