suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, October 07, 2012

Rayuan 'Haram-Jadah'

Gurkah-gurkah politik di'port' tertanya-tanya juga sebab apa bibir Najib warna merah macam orang pakai 'lipstik' seperti yang di'publish' dalam utusan.com beberapa hari yang lepas? Rupa-rupanya bibir si Najib ini akan menjadi merah bila dia banyak kelentong dalam ucapan-ucapan 'rayuan haram-jadah' dia walau dimana-mana pun dia pergi sekarang ini. Lagi banyak dia kelentong, lagi merah lah bibir dia. Nasib baik tak jadi macam 'menanam tebu di tepi bibir', sebabnya kalau lagi banyak dia kelentong, lagi banyak lah pokok tebu tumbuh keliling mulut dia. Kah..Kah..Kah..

Gurkah-gurkah ini kata lagi yang rayuan-rayuan Najib kepada rakyat yang  bertujuan mahu mendapatkan mandat rakyat untuk PRU-13 adalah 'rayuan haram-jadah'. Gurkah-gurkah ini juga sangat bimbang sebab nanti bila semakin dekat mahu PRU, ucapan dan rayuan dia boleh diiringi dengan sedu sedan dan tangis-tangisan yang boleh meruntun jiwa dan kalbu terutamanya jiwa-jiwa orang-orang kampong di luar bandar dan makcik2, pakcik2,kakak2 di tanah felda sana supaya pangkah 'kati'.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap beliau akan diberikan mandat yang besar pada pilihan raya umum akan datang untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. 

Bercakap dalam satu temu bual dengan 'CNBC Conversation' yang dihoskan oleh pengacara terkenal Martin Soong yang disiarkan melalui Astro CNBC (Saluran 518) hari ini, Najib berkata tempoh lima tahun akan datang adalah sangat penting bagi kerajaan untuk menunaikan janji dan komitmen yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin terdahulu kepada negara. 

"Saya ingin mendapat mandat yang besar, Martin, kerana bagi mencapai visi kami menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, tempoh lima tahun akan datang ini akan menjadi sangat penting. Sangat penting kerana anda bercakap mengenai pusingan akhir. 

"Anda bercakap mengenai bahagian terakhir ini dan ia adalah bahagian paling penting kerana kami benar-benar perlu untuk melaksanakannya," katanya. 

Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan berhubung betapa pentingnya pilihan raya umum akan datang baginya dan juga kepentingan bagi mendapat mandat semula terutama bagi mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. 


dollah yankee -
Mula-mula merayu, menangis-nangis minta mandat. 
Lepas dah dapat? ....

No comments:

Post a Comment