suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, October 27, 2012

Ini lah 'haram jadah' paling besar !


Pencen, buat lah cara orang pencen, walaupun dah pencen Mahathir tetap dengan kegemaran yang suka simbah minyak petrol ke dalam api untuk membakar api perkauman. Gurkah-gurkah politik di'port' pula anggap bukanlah seperti dia seorang bekas pemimpin sebuah Negara, tetapi lebih kepada macam komunis daaa.. Kenapalah dia sentiasa saja mahu menjadikan dirinya sensasi? adakah sebab mahu mencuri perhatian media atau memang Mahathir ini seorang yang gilakan 'flash-light camera' dan wartawan?
Mahathir ini dia 'old school', dia sentiasa anggap orang melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya masih bodoh, masih bangang dan jahil kerana tidak boleh membaca apa yang ada dalam kepala otak dia dan dia ingat kita semua tidak paham tindakannya itu. Sejak kebelakangan ini, kebanyakkan kenyataannya begitu menyakitkan hati gurkah-gurkah ini.
Tidak, dan tidak,  BN/umno tidak pernah melakukan sesuatu kerana rakyat, mereka hanya akan melakukannya jika ia menjana wang untuk mereka dan kroni. Tidak hairanlah jika negara kita berada dalam keadaan yang menyedihkan jika dibandingkan dengan Thailand yang di utara dan Singapura yang berada di selatan tanah air.
Terima kasih lah kepada puji-pujian pencacai dan banyak lagi komen-komen tidak masuk akal yang membawa kita kepada satu perkara...Mahathir adalah yang TERBAIK dan HANYA DIA sahaja yang mampu melakukan apa sahaja untuk Malaysia. Tidak hairanlah jika kredibiliti BN/umno telah tenggelam ke dasar laut dan tidak mungkin akan dapat dinaikkan ke daratan lagi.
Mungkin inilah sebabnya kenapa rakyat Malaysia tidak mengambil serius, tidak ambil 'pot' dan tidak menerima bulat-bulat perumpamaan Mahathir tentang syaitan dan malaikat. Yang pasti, rakyat sudah membuat keputusan tentang apa pendirian Mahathir yang sebenar.

Pembangkang yang dilabel Mahathir sebagai ‘malaikat’ juga seronok dan menikmati lawak  dari Mahathir ini. Padan muka UMNO!

dollah yankee -
Anwar Ibrahim lah orang yang paling kuat gelak.
Kah..Kah..Kah..

No comments:

Post a Comment