suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, September 19, 2012

Umno sama Umno gaduh,PAS masuk ke celah!

Negeri cuma ada 3 kerusi parlimen @ 3 kerusi Ketua Bahagian umno, maknanya kalau BN/umno boleh menang pada PRU-13 nanti (itu yang sedang disangka mereka,tetapi mereka tidak tahu yang negeri ini juga sedang menunggu masa untuk ditukar) salah seorang dari 3 pemegang kerusi parlimen ini akan berhak menjadi Menteri Besar. Tetapi yang pelik dan ajaib nya ialah sekarang ini sudah ditambah seorang lagi yang bercita-cita mahu menjadi MB, menjadi 4 orang calon yang sedang tergilakan dan kemaruk dengan kerusi MB itu.

Tetapi bila gurkah-gurkah politik di'port' sudah nampak yang kepimpinan BN/umno negeri Perlis sekarang ini  sedang berperang sesama sendiri antara Shahidan Kasim, Mat isa Sabu, Syed Razlan Jamalulail dan Azmi Khalid kerana tidak mahu terlepas peluang mahu merompak dan merembat hasil negeri, gurkah-gurkah disini sudah kata yang memang benar lah sepertimana yang orang-orang Perlis bagi tahu yang kerajaan negeri ini sudah bersedia untuk ditukar olih rakyat Perlis bila dikira-kira yang 60 -80 % peratus undi melayu dan bukan melayu akan pergi ke Pakatan Rakyat. 

Sebagai contoh,kalau dulu (PRU 2008) di kerusi DUN Sanglang Hashim Jasin hanya dapat 30 undi bukan melayu daripada 800 pengundi berdaftar yang bukan melayu, pada hari ini angka itu akan bertukar tangan.

Itu lah phenomena yang cukup menarik pada hari ini di negeri sekakang kera, dan dengar kabarnya 'kabinet bayangan' negeri Perlis daripada Pakatan Rakyat sudah pun ada, dan MB baru dari parti PAS juga sudah pun sedang bersiap-siap dengan baju melayu dan sampin baru.

dollah yankee -
Ini satu berita yang cukup baik walaupun menang dengan margin yang kecil. 

 







No comments:

Post a Comment