suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, September 27, 2012

Siapa yang gila? mesin AES ini?atau pemandu?


Kelmarin gurkah-gurkah politik port ini ada terbaca tentang projek pengswastaan dan pemasangan sistem 'mesin saman ekor' @ AES (Automatic Enforcement System) di 14 lokasi di Perak,Selangor,Putrajaya dan Kuala Lumpur. 10 lokasi untuk memerangkap had laju dan 4 lokasi untuk yang langgar lampu merah. (Penang dah ada lama dah 'kamera' untuk yang suka langgar lampu merah)

Dengan bangganya dilapurkan bahawa hanya dalam masa 2 hari saja mesin saman ekor ini telah berjaya menangkap 2,952 pesalah untuk 809 kesalahan memandu laju dan 2,143 untuk yang langgar lampu merah.

Kalau kita 'ushar' betul-betul, memang baguslah 'mesin saman ekor' ni, tetapi kalau 'ushar' lagi dekat-dekat... terkejut juga sebab sampai 2,143 orang yang sudah langgar lampu merah dalam masa hanya 2 hari saja. Apa kah pemandu-pemandu kita semua sudah gila dan tidak ambil pot dengan denda RM300 yang dikenakan jika melanggar lampu marah?, atau 'mesin saman ekor' ni yang gila? Dan setelah gurkah-gurkah ini buat 'research' sendiri tentang 'mesin saman ekor' ini disimpang jalan yang telah dipasang dengan 'mesin' ini, telah didapati yang pemandu-pemandu kita semua okey, mereka tidak gila, tetapi memang sah laa yang 'mesin saman ekor' ini lah yang sebenarnya gila, sebabnya anda hanya ada masa 1.725 saat sahaja untuk anda memecut melepasi kamera dan lampu merah ini ketika lampu trafik itu bewarna kuning ke merah.

Dan ketika melihat poster iklan sistem AES ini, gurkah-gurkah perasan ada logo Kem Pengangkutan, JKJR,JPJ dan MIROS, tetapi tidak ada logo PDRM. Kenapa PDRM tiada sebagai salah satu dari peserta dalam inisiatif kempen keselamatan jalan raya ini??!

dollah yankee -
Sistem nak tangkap peragut, mat rempit dan pencuri tak ada ke??!!

2 comments:

  1. Dolah, depa suma tu dengki pasai selama ni, polis makan sorang...la ni walaupon dah ada aes tu, polis masih dok buat keja lama tunggu dalam semak dengan kamera jugak..la ni baru adil..suma dapat makan....awat tak dengak dari PR akan mansuh aes ni kalu menang?

    ReplyDelete
  2. AES....Ayahanda Encik Solah..JPJ

    ReplyDelete