suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, September 10, 2012

Siapa yang bertuah nak jadi Raja?

Tun Rahman Abbas, dilantik menjadi Gabenor Pulau Pinang bermula dari tahun 2001 sampai lah sekarang ni. Kalau ikut pada pusingan lantikan gabenor ini, paling lama seseorang gabenor itu berkhidmat purata nya ada lah sekitar 10 tahun. Menurut gurkah-gurkah politik di'port', kalau nak di kira-kira tempoh servis Tun Rahman Abbas ini, sudah cukup tempoh lah untuk bersara dan akan jadi lah dia macam orang-orang biasa macam kitasemua selepas tamat tempoh khidmat beliau nanti. Dah tak ada lagi polis dengan motor pengiring, dah tak ada lagi bodyguard-bodyguard yang nak 'ber-ekoq', dan yang gurkah-gurkah ini paling nak tengok ialah, apa kah masih ada atau sudah tidak ada lagi empat lima orang 'kaki-kaki kulum' yang sering mengekori kemana saja Tun Rahman Abbas pergi bila dia sudah tidak ada jawatan itu nanti. 

Kepada orang-orang dalam 'circle' politik di Pulau Pinang, mari kita main teka-teka siapa yang bertuah untuk ambil tempat Tun Rahman Abbas sebagai raja yang baru?

Gurkah-gurkah politik di'port' pula sudah pun dapat menghidu siapa calon-calon untuk jawatan gabenor itu selepas Tun Rahman. Tak lama lagi dahhh...

Calon-calon nya adalah :

1. Dato' Seri Dr.Ibrahim Saad, bekas timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan sekarang ini menjadi Duta di Philipina.


2. Dato' Shariff Omar, pun bekas timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan bekas timbalan menteri di pusat semasa zaman Pak Lah.

Menurut gurkah-gurkah politik ini lagi, kalau nak membandingkan karisma kedua-dua orang ini serta isteri masing-masing, Dato'  Shariff Omar dan isteri dilihat memiliki kelebihan. Manakala kalau dilihat dari kuatnya hubungan atau 'cable-connection' dengan orang atas yang akan menentukan siapa yang patut ganti Tun Rahman Abbas, kelebihan dilihat ada pada Dato' Seri Dr. Ibrahim Saad.

'Good Luck Lahhh..'

dollah yankee -
Kalau ikut kepada slogan hari merdeka pemerintah di pusat iaitu 'Janji di Tepati', jawatan gabenor itu akan menjadi milik Dato' Sfariff Omar.(yang ini hanya gurkah-gurkah politik di'port' saja yang tau tentang 'janji' yang dimaksudkan itu.)

No comments:

Post a Comment