suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, September 09, 2012

Ini baru betoi 'haram jadah' !


Daripada gambar yang telah di'modified' olih Bernama hanya kerana mahu mem'propaganda kan rakyat dengan sokongan palsu ini untuk menunjukan betapa ramai rakyat Malaysia yang masih lagi menyokong Haji Najib dan sebelum itu dimana rekod twitter juga telah ditipu mereka dan dengan sekarang dimana sedang berlangsung mesyuarat-mesyuarat perwakilan umno bahagian-bahagian, dan ramai perwakilan juga dikabarkan sedang mengasah pisau-pisau masing-masing yang akan digunakan utnuk menikam Haji Najib, maka tak salah lah lagi bila ahli-ahli dari 'parti syaitan yang dikenali' ini tepaksa menyetujui bahawa Haji Najib akan ditendang keluar.

Rais Yatim pula dengan bangga kata 3.6 juta tweet telah direkodkan hanya dalam masa 1 jam pada 31 Ogos 12 bila rakyat Malaysia menghantar tweet kepada Haji Najib untuk mengucapkan selamat merdeka.

Yang peliknya tak kan lah Twitter tak bangga dengan rekod 3.6 juta tweet message-message ucapan tahniah kepada Hajin Najib itu? tetapi sampai hari ini Blog Twitter ini hanya diam membisu dan tak komen tak kata apa apa pun.

Kalau betul lah bahawa berita rekod 3.6 juta tweet ini telah dipalsukan untuk tujuan menunjukan sokongan palsu, gurkah-gurkah politik di'port' kata sokongan palsu ini akan jadi satu lagi mala petaka, satu lagi bencana dan satu lagi bala buat Haji Najib, BN dan umno khususnya.

dollah yankee -
Nothing is impossible in this boleh land





No comments:

Post a Comment