suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, September 07, 2012

Berita Ekonomi yang 'hangit'


Kelmarin dulu harga saham FGV ditutup  hanya 6.6 % diatas harga tawaran RM4.55 dan 12.6 % lebih rendah berbanding dengan harga kemuncaknya RM5.55 pada 5 Julai. 

Tekanan terhadap saham FGV berterusan kelmarin bila harganya merosot kepada RM4.80, turun 5 sen pada jam 9.45 pagi. (Lagi sedap dan lagi syokkk lahh sdr.Mazlan ANAK nak sebat Isa Samad)

Isa Samad masih dok pujuk para peneroka... "jangan bimbang lahh..,jatuh sikit saja, nanti mesti naik balik punya." (dia cakap macam tu sebab tak pakai duit mak bapak dia pun,semua tu duit peneroka, dia pula dapat saham 'buta'! apa dia nak kisah!)

Gurkah-gurkah politik di'port' yang berpengalaman bekerja di pejabat pasaran saham dan pernah juga jadi tokey 'labu peram' dan 'saham 350 ringgit' suatu ketika zaman 90an dulu berkata, "tengok pada pergerakan harga yang turun naik ni, macam tak ada fundamental aje nak 'support' FGV ini. Cara dia jatuh macam jatuh yang 'free fall'. Macam tak ada sokongan belian.Tetapi tidak tau lah mungkin juga ada kemungkinan yang lain yang kita tidak tau."

Kalau lihat pada senario ini, pelabur-pelabur sedang menunggu masa yang sesuai saja untuk peneroka-peneroka menjual paksa atau terpaksa jual saham mereka dengan harga yang murah. Gurkah-gurkah politik di'port' pula bertaruh sesama sendiri kata paling lama peneroka-peneroka ini boleh tahan dan boleh simpan saham-saham mereka ialah sekitar 6 bulan saja.

"Selamat Datang ke dunia kapitalis yang tidak ada belas ihsan wahai pak cik2 dan mak cik2 di felda sana. Anda telah masuk ke dunia ini diatas pilihan anda sendiri, ada yang buat pilihan ini semasa mereka sedar dan ada juga yang buat pilihan ini ketika mereka tidak sedar. Dunia yang anda masuk ini telah banyak makan korban.Kalau ada yang hidup pun pasti penuh dengan parut parut luka."

Tidak apa lah minyak RON97 naik 30 sen. Mungkin duit 30 sen tu Haji Najib nak 'inject' masuk nak buat modal FGV kot?!, mungkin sebelum PRU nanti, naik mencanak lah harga saham tu. 

dollah yankee -
Orang2 Singapore dah pun dok jeling-jeling dan dok ushar-ushar.., mana tau boleh beli tanah melayu ..

No comments:

Post a Comment