suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, September 20, 2012

20 September,14 tahun yang lalu...


14 tahun yang lalu pada hari ini 20 hb September, Anwar berucap di depan lebih 50,000 penyokong di Masjid Negara. 2 minggu sebelum itu pada 2 September 1998, media seperti Utusan Malaysia atau nama timangannya "Utusan Meloya" serta TV3 suku menyiarkan berita dan afidavit penuh dari beberapa individu bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam perlakuan liwat.

Rakyat mula menyoal, kalau betul Anwar bersalah, pasti dia bukan begini peribadinya. Orang bersalah tidak akan berani berceramah di hadapan khalayak ramai, apatah lagi untuk bertentang mata dengan ribuan manusia.

Sebagai manusia berakal, kami perlu mencari kepastian. Ketika itu, dari dua hingga ke 20 September, setiap malam di rumah Anwar diadakan ceramah.Pada satu malam, kami berkesempatan untuk kali pertama mendengar ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di rumahnya di Bukit Damansara. Siang itu, penulis ucapan beliau Dr. Munawar Anees ditangkap.

Ceramah beliau pada malam itu mematikan keraguan saya termasuk satu baris pidato yang sangat penting dan signifikan.Kata Anwar, merujuk penangkapan Dr Munawar, lebih kurang begini:  
"Kenapa tangkap orang-orang saya? Tangkap saya. Saya pemimpin!!!". Hanya mereka yang "berani kerana benar" boleh berbicara seperti itu. Kata-kata seperti ini tidak mampu lahir dari mulut seorang yang bersalah. Atas kebenaran ini, dia berdiri tegak dan mencabar para rangkaian konspirator. Sehari sebelum dipecat, dia diberi kata oleh oleh Dr Mahathir - "dipecat atau menghadapi tuduhan yang memalukan", 
dan ini diiringi tawaran lumayan untuk bertugas di Bank Dunia sekiranya beliau memilih untuk meletak jawatan. Jawab Anwar, "Kenapa saya harus meletak jawatan, saya tidak bersalah." 
Gurkah-gurkah politik di'port' berani bertaruh potong 'konek' dan percaya semua pemimpin Umno/BN dalam situasi ini akan memlilih jawatan di Bank Dunia.

Atas kebenaran ini, dia menerjang segala risiko demi membela orang yang dipimpin. Saya percaya kalaulah situasi ini dihadapi oleh Dr Mahathir, sejak awal beliau sudah lari ke kandang kuda di Argentina dan membiarkan pengikut-pengikutnya menghadapi segala risiko.  

Satu kriteria penting bagi seseorang pemimpin berwibawa. "Apabila berhadapan dengan pilihan laba, beliau memilih untuk mempertahankan prinsip walau pun risikonya penjara.

Akhir kalam, rencana ini tidak membicarakan soal politik kepartian, tetapi keperluan membawa Malaysia keluar dari kebobrokan rasuah, merompak harta negara, merembat wang rakyat yang menghalang kemajuan negara.Umno/BN terjebak dalam lubuk keji ini dan mereka sendiri tidak mampu mencari jalan keluar, apa lagi membawa rakyat keluar.

Sebagai alternatif, kita punya seorang pemimpin yang berani, bertanggungjawab, berprinsip dan mempunyai jiwa pembela rakyat. Hanya seorang pemimpin tanpa rasuah seperti Anwar dengan gagasan Pakatan Rakyat mampu mengemudi Malaysia kembaliberdaulat dengan rakyat yang berjati diri.


dollah yankee -
Kalau umno/BN menang pada PRU-13 ini, Maknanya mereka menang dengan cara tipu, sebabnya semua rakyat dari Perlis sampai ke Sabah mahu tukar bn/umno kepada Pakaan Rakyat

2 comments:

  1. betul bang, saya org Sabah..tinggal di kg likas, kota kinabalu. 4-5 tahun kami kena tipu kami buli sabar lagi, tapi ini sudah lebih 10 thn...BABAI GAMAN la UMNO-BN...org sabah bilang..."INI KALI LAH!"...kalau mau tipu juga PRU13 ini, mimang kamu org melaya-UMNO sengaja cara bala!Berambus dari negeri aku jahanam!

    ReplyDelete
  2. Pak cik makcik di kampung masih lagi dilekakan UBN dengan karaoke dan cabutan bertuah.

    ReplyDelete