suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, August 06, 2012

Mat Sabu cuba di-sabotaj

Jika semua parti-parti politik di Malaysia ini sedang riuh-rendah dan hiruk-pikuk dengan calon-calon yang berpotensi untuk menang pada PRU-13 nanti, ini bermakna pilihanraya sudah dekat, namun gurkah-gurkah politik di'port' jalan Hatin tetap berkeras dengan kenyataan mereka mengatakan yang Najib hanya akan memanggil pilihanraya umum ini pada tahun 2013,lebih tepat lagi pada bulan tiga nanti.

Mat Sabu... siapa dalam Malaysia ini yang tak kenal dengan abang Mat Sabu? seorang calon yang boleh menang pada PRU-13 nanti. Namun gurkah-gurkah politik di'port' telah di kabarkan yang ada cubaan untuk men'sabotaj abang Mat kita ini dari bertanding.

Apabila Jawatankuasa PAS Pendang telah melahirkan hasrat mereka mahukan abang Mat Sabu kita bertanding untuk kerusi parlimen Pendang pada pilihanraya ini nanti, ramai orang yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin PAS negeri yang sudah 'merah mata' dan ramai juga yang sudah 'hangat punkok'. (apakah penyakit umno sudah mula menular dalam PAS?)

Ajk PAS Pendang telah meng war-war kan supaya Mat Sabu bertanding di kerusi ini (parlimen Pendang) sementara wakil rakyat yang sedia ada Dr.Hayati Osman pula akan di tolak ke kerusi DUN Tokai. Tetapi kabarnya gurkah-gurkah politik Dr.Hayati ini sudah memulakan tugas mereka membantah rancangan itu. Sebaliknya gurkah-gurkah ini telah mengsyorkan supaya calon YB Pendang dan YB DUN Tokai yang sedia ada iaitu Dr.Hayati dan Mohd Taulan Rasul tetap dikekalkan di Tokai ini. Yang menariknya ialah syor mahu mengekalkan Dr.hayati dan Mat Rasul ini datang dalam bentuk surat-surat yang dilayang-layang yang dihantar kepada AJK PAS Pendang.

Menurut maklumat yang dihantar pada gurkah-gurkah politik di'port' Jalan Hatin ini, kesemua 157 ketua-ketua cawangan PAS dalam Pendang mahukan Mat Sabu.

Gurkah-gurkah politik di'port' tertanya-tanya siapa lah punya kerja yang hantar surat layang-layang ini? dan banyak orang yang telah disyaki. Mungkin kah gurkah-gurkah dari tim ustaz Azizan? Sebab Mat Sabu lah yang paling kuat kritik supaya Azizan berhenti sebagai MB dalam krisis baru-baru ini. Mungkin juga surat itu datang dari tim Dr.Hayati dan Mat Rasul? kerana mereka berdua juga  tetap mahu kekal disini dan tidak mahu kemana mana? 

dollah yankee-
Kalau gurkah-gurkah politik di'port' jadi Mat Sabu, gurkah-gurkah akan minta untuk lawan di kerusi Pekan,lawan dengan Haji Najib.. 
Kah..Kah..Kah.. baru sempoiii !



  





1 comment:

  1. Mungkin jgak yg htr surat layang tu org luar parti yg nak sabotaj PAS...mana lah tau...kan...??

    ReplyDelete