suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, August 28, 2012

KJ ni patut kena 'penerajang' !


Selepas kena 'maki' bergoni-goni dengan semua orang dan selepas merasakan imej mereka rusak teruk, admin' kepada laman Facebook Pemuda Umno Malaysia membuat permohonan maaf hari ini diatas poster kontroversi yang mereka siarkan — menyatakan undi kepada Pakatan Rakyat (PR) akan menyebabkan Kristian menggantikan Islam sebagai agama persekutuan.

Laman Facebook tersebut memuat naik poster yang bertulis: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you my son.”

“Kami minta maaf secara terbuka kepada semua rakyat atas kesilapan mengeluarkan gambar yang tidak patut pada 17/18 Aug 2012. Admin itu sudah dikeluarkan dari fanpage,” tulis pentadbir laman tersebut lewat malam tadi beberapa jam selepas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memberitahu media dia sudah hampir tahu siapa di belakang poster tersebut.

Poster tersebut mengejutkan warga internet yang melihat permohonan maaf tersebut sebagai satu kontradiksi kepada kenyataan Khairy yang menyatakan Pemuda Umno tidak mempunyai laman Facebook rasmi.

dollah yankee -
Pulis pula dengan pantas dan cepat cakap mereka tidak akan siasat perkara ini di-bawah seksyen 114a

No comments:

Post a Comment