suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, August 27, 2012

Hulur dan tabur 'round 2'

Gurkah-gurkah politik di'port' telah diberitahu olih sumber-sumber yang dekat dengan mereka telah mengatakan bahawa bajet 2013 yang akan dibentangkan nanti, akan digunakan sepenuhnya olih Najib untuk membeli undi pilihanraya ke-13 yang akan dipanggilnya nanti.

Sejak 1 tahun yang lepas, telah bermacam macam gula-gula dan 'goodies' yang telah ditaburkan dan disuap kepada rakyat @ pengundi-pengundi, namun umpan Najib ini masih lagi gagal untuk memancing bagi mendapatkan sokongan, jadi bajet 2013 nanti ada lah 'round' ke-2 untuk Najib mencuba nasibnya.

Di-khabarkan juga bahawa pada pembentangan bajet kali ini akan ada lebih banyak gula-gula dan 'goodies' yang akan ditaburkan dan dihulurkan termasuklah pusingan kedua BR1M 500 ringgit kerana Najib masih percaya dengan philosopi "You help me,I help you".

Kesihan Najib sebab masih tidak mengerti, tidak paham sebab gula-gula dan 'goodies' yang bakal ditaburkan, disuap nanti itu juga tidak akan mengubah apa-apa kerana hingga saat ini 55 % pengundi-pengundi telah pun membuat keputusan mereka mahu memberikan Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim peluang untuk memerintah, ini kerana rakyat Malaysia begitu dahagakan perubahan.

dollah yankee -
BN akan kalah kalau tak tipu...




1 comment:

  1. Boikot PETRON, Boikot PETRON, Boikot PETRON

    ReplyDelete