suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, August 29, 2012

Go Squeez Them


Gurkah-gurkah politik di'port' setelah mendapat berita daripada kawan-kawan mereka di kementerian kewangan, telah menyeru rakyat semua supaya fikir seratus kali sebelum memberikan undi anda kepada parti BN/umno pada PRU-13 nanti, ini disebabkan mereka (parti yang sedang memerintah negara ini) telah membuat keputusan yang cukai GST akan tetap dilaksanakan sebaik saja selesai pilihanraya itu (itu pun jika mereka menang laa..). Yang jelas cukai GST ini tidak ada dalam agenda atau manifesto PR (pakatan rakyat).
Rang Undang-undang (yang mencekik) GST ini telah dibentangkan di Parlimen untuk bacaan kali pertama pada bulan Disember 2009 tetapi bacaan kedua, asalnya dirancang untuk Mac 2010, telah terpaksa ditangguhkan apabila banyak rakyat telah bangun menentang dan demi meredakan kemarahan rakyat.

Secara ringkasnya GST ini adalah :  Beli apa sahaja barang keperluan, kena cukai GST 4% (pengecualian kepada beras, sayur, tepung dan gula).  Di masa hadapan tidak mustahil semua boleh dikenakan GST, dan kadar yang dikenakan pada 4% itupun tidak mustahil akan dinaikkan jugak.


Sekarang ni kerajaan mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan 6% apabila kita makan di McDonald, Pizza, KFC,dan lain-lain 'fast food outlet' yang ada.

Yang bezanya antara cukai GST dan cukai sekarang ialah dulu cukai hanya untuk golongan yang mampu makan di tempat-tempat yang disebutkan tadi, tetapi sekarang cukai GST akan dikenakan untuk kesemua jenis barangan, contohnya beli kopi, baju, susu untuk anak, tayar motor, ikan di pasar…. apa sajalah yang anda beli di Tesco, Giant, Carrefour, kedai mamak…dan lain-lain akan dikenakan cukai kerajaan 4%.
Dan cukai ini yang pastinya akan dibayar oleh kita semua, semua golongan termasuk orang Umno, MCA, MIC, PAS, PKR dan apa jua parti sekalipun akan terpalit dan sama-sama menanggung beban dan risiko.

Propaganda telah ada dalam perancangan dan akan bermula untuk mem'bodohkan kita semua dan rakyat khasnya agar dapat  menerima cukai GST...  Seperti biasa, hujah-hujah basi seperti cukai kita lebih rendah dari negara lain, negara lain sudah lama menjalankan GST, cukai hanya 4% dan sebagainya akan digunakan untuk memperbodohkan rakyat.

INILAH  taktik Najib memperbodohkan rakyat dengan belanjawan gula-gulanya.  Jika BN menang dalam PRU13 nanti, “Rakyat Pasi Tanggung Penderitaan Di Dalam Kehidupan Harian”.


dollah yankee -
Tapi dia lupa yang rakyat sekarang sudah tidak lagi bodoh

1 comment:

  1. Maka GST perlu dikaji dan dikenakan terhadap barangan mewah sahaja.

    ReplyDelete